Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Sunday, August 28, 2011

Jangan Kita Leka


Andainya akal fikiran ini mampu berfungsi dengan baik bersandarkan pada kefahaman Islam yang sebenar, sudah tentu masyarakat akan mudah untuk menghayati erti perpaduan ummah sekaligus membenci untuk berpecah belah atau bercerai berai. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, manusia semakin buta dan berasa takut untuk menghayati dan melaksanakan agenda perpaduan ummah. Entah kenapa jadi begitu dan apakah sebabnya ada sesetengah dalam kalangan masyarakat merasakan diri mereka dalam keadaan trauma apabila berbicara tentang usaha mulia ini.
            Sebagai manusia yang berilmu, kita perlu memanfaatkan ilmu yang ada pada diri kita dengan membanyakkan muhasabah diri dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan agar kebaikan mampu dicapai dengan indah pada masa-masa yang akan datang. Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah secara total pada tahun 1924 seharusnya telah membuka luas mata masyarakat agar menjauhi perpecahan ummah dan lebih mementingkan perpaduan serta berganding bahu mengalah musuh-musuh Islam.
            Oleh itu, janganlah kita terlalu asyik dan leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang kerana semuanya amat mudah bagi Allah untuk diambil kembali. Peringatkan diri kita semua agar tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mengecapi kepentingan diri atau peribadi. Takutlah pada Allah dan hayatilah Islam dengan sepenuhnya bukan sebahagian sahaja. 

Monday, July 25, 2011

BERPOLITIK CARA اهل السّنّة والجماعة

Jika diperhatikan keadaan masa kini, banyak pihak cuba untuk menceburkan diri di dalam bidang politik dan pentadbiran. Ada juga yang “gila kuasa” untuk menjadi menjadi pemerintah negara. Dalam usaha mereka meratah masa untuk mengejar cita-cita yang agak “mahal harga”nya, mereka lupa untuk mempersiapkan diri dengan didikan agama yang sejati.
            Didikan agama yang sejati ini merujuk kepada ilmu-ilmu ahlussunnah wal jama’ah. ASWJ (singkatan kepada ahlussunnah wal jama’ah) merupakan generasi penyelamat ummah yang sebenar dan ia banyak menggariskan ilmu-ilmu yang benar dalam memperincikan perihal aqidah, ibadah, dan akhlaq.
            Apa yang pasti, ASWJ merupakan suatu rahmat dari Allah untuk menyelamatkan manusia daripada dunia kegelapan. Pengetahuan politik tidak terlepas dari pandangan dan pemerhatian ulama-ulama ASWJ. Apa yang membanggakan mengenai perjuangan ASWJ, para alim ulama akan menekankan bab aqidah atau usuluddin dalam sesuatu pekerjaan tidak kira apa jua pekerjaan itu.
            Ilmu Aqidah atau Usuluddin berperanan membuka ruang kepada manusia untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) kerana mengenal Allah ini wajib kerana ia akan melebarkan pintu rahmat dalam melakukan ibadah-ibadah yang lain. Imam Al-Ghazali pernah berpesan bahawa tiada sah suatu ibadah itu melainkan setelah kita mengenali Allah yang kita sembah.
            Jadi, jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang-bidang furu’ yang lain lebih-lebih lagi politik, kita harus menghadamkan pengetahuan dalam mengenal Allah Rabbul Jalil agar perjuangan politik akan lebih mantap dan sejajar dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Sebagai langkah pertama, Gheart One Ummah nyatakan di sini pendirian seorang politikus yang benar. Politikus ASWJ tidak akan mengabaikan soal-soal aqidah yang benar dan ini adalah ciri-cirinya. Aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang sejati ialah :

Dan wajib ke atas orang yang ‘aqil baligh itu mengetahui bahawasanya Allah Ta’ala itu :

وحده لا شريك له
Ertinya : Esa tiada yang menyekutui bagiNya.

فرد لا نظير له
Ertinya : Tunggal tiada bagiNya banding.

ازليّ لا بداية له
Ertinya : Sedia ada tiada bagiNya permulaan.

سرمديّ لا نهاية له
Ertinya : Kekal tiada bagiNya kesudahan.

منزّه عن مشابهة المخلوق
Ertinya : Maha Suci daripada bersamaan dengan segala makhluq (yang baharu).

ليس كمثله شيء وهو السّميع العليم
Ertinya : Tiada sesuatu yang seumpama dengan Allah Ta’ala dan Dialah (Allah) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

ليس بجسمٍ مصوّرٍ
Ertinya : Tiada Allah Ta’ala itu berjisim yang berupa (digambarkan).

تعالى اللّه عن الانتقالات والحركات والحلول والاقطار والجهات
Ertinya : Maha Suci Allah Ta’ala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada sesuatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu.

لا يحويه مكان
Ertinya : Tiada meliputi akan Allah Ta’ala itu oleh tempat.

ولا يحصيه زمان
Ertinya : Tiada menentukan Allah Ta’ala oleh zaman.

كان قبل ان خلق الزّمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان
Ertinya : Allah Ta’ala itu dahulu daripada bahawa Allah menjadikan akan zaman dan tempat dan adalah Allah Ta’ala sekarang atasnya, iaitu ada Allah sedia ada tiada berubah-ubah daripada sedia adanya.


Sumber Kitab : هداية السّالكين في سلوك مسلك المتّقين
Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin
            (Petunjuk Jalan Bagi Orang-Orang Yang Takut Kepada Allah)
Syeikh Abdusshomad Al-Falimbani


Kesimpulannya, mengenal Allah itu wajib dan berpolitik dengan aqidah yang salah akan menyebabkan setiap tingkah laku seorang politikus itu akan kehilangan berkat dari Allah. Wallahua’lam.

Sunday, July 24, 2011

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

Umat Islam semakin ditindas dan dianiaya oleh puak al-kafirun. Pelbagai penipuan dan tipudaya telah digunakan untuk mengaburi mata masyarakat demi memburukkan imej agama Islam dan umat Islam seluruhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka secara halus memperalatkan umat Islam yang berpengaruh untuk bersedia diperlagakan dengan umat Islam yang lain agar Perpaduan Ummah tidak dapat dicapai sekaligus meranapkan agama Islam dari dalam. Namun, ketahuilah wahai puak-puak al-kafirun, Allah itu Maha Pelindung dan Islam adalah satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah. Allah jua lah yang akan memeliharanya tidak kira sebanyak mana serangan daripada iblis, syaitan, dan al-kafirun.

            Pergolakan politik negara jelas menunjukkan bahawa Islam semakin dijadikan “alat mainan” untuk memenuhi kepentingan peribadi dan mengabaikan Perpaduan Ummah. Mereka tidak sedar dengan memecah-belahkan umat Islam, puak al-kafirun akan semakin teruja untuk memenuhi matlamat asal mereka untuk menguburkan Islam. Kita jangan lupa golongan bukan Islam yang inginkan perlindungan daripada pemerintahan Islam tidak akan sekali-kali “menikam dari belakang” dan melaga-lagakan sesama umat Islam. Puak al-kafirun yang lantang bersuara dan berani memutar-belitkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis inilah yang banyak memberi impak negatif kepada perkembangan perjuangan Islam. Namun, ada segelintir pemimpin Islam berdiam diri dan mengatakan bahawa apa yang mereka ucapkan adalah untuk mengenal Islam. Jika benar apa yang dikatakan, sewajibnya mereka perlu menggunakannya dengan tujuan yang betul, bukannya menghentam umat Islam. Kita jangan lupa bahawa mereka masih lagi tidak suci dan mereka masih lagi tidak membenarkan “Kalimah Syahadah” yang sepatutnya menjadi syarat pertama dalam memuliakan agama Islam. Ambillah pengajaran dari riwayat hidup Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki) yang selalu dalam keadaan bersih, suci, dan wangi ketika hendak membaca hadis-hadis Rasulullah ketika waktu pengajarannya.

            Kesimpulannya, selagi ada kesempatan jangan mudah diperbodohkan oleh puak-puak al-kafirun yang memusuhi Islam. Ingatlah, jangan terlalu cepat mengambil puak al-kafirun sebagai kawan dan teragak-agak dalam menjalinkan hubungan baik sesama umat Islam yang lain. Ingatlah, Allah Maha Bijaksana dan janganlah membuang masa untuk memperdayakan Allah dan golongan mereka yang beriman kerana sesungguhnya puak al-Kafirun tidak akan mampu sampai bila-bila untuk memperdayakan Allah dan golongan yang beriman.

Sediakan payung sebelum hujan!
Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Jangan biarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Wallahua’lam.

Thursday, July 21, 2011

KE MANA KITA AKAN MELANGKAH?

Setiap hari kita digembar-gemburkan dengan kerenah politik yang mungkin menyebabkan mata kita sakit melihatnya dan hati kita lelah menahannya. Namun, apakan daya kerana dunia pada hari ini semakin “parah” dikelilingi dengan gejala-gejala pentadbiran dan pemerintahan yang kotor akibat kepimpinan para pemimpin tidak terserlah dengan aqidah, ibadah, dan akhlaq yang sejati.

            Persoalan ke mana kita akan melangkah sukar untuk ditentukan kerana tanpa ilmu dan prinsip hidup yang betul akan menyebabkan kita mudah untuk dimanipulasi oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan hanya “lapar” memenuhi kepentingan diri dengan mengorbankan orang lain. Adakah kita sanggup untuk dijadikan “kambing hitam” oleh mereka? Jika jawapannya adalah ya, maka amat malang untuk kita semua kerana demi harta dan nama kita sanggup menggadaikan kepentingan agama. Jika jawapannya adalah tidak, bermakna kita sedar dan memahami jalan yang wajib diambil. Syabas buat mereka yang berkata tidak.

            Jika dilihat kepada komen-komen pengguna siber di laman sosial ketika memberi komen terhadap isu-isu kekotoran politik dan keruntuhan akhlaq, mereka akan berkata, “kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah”. Benar, ianya adalah suatu ungkapan yang amat bagus dan terbaik sekali untuk dilafazkan. Namun harus kita ingat bahawa MANUSIA YANG MENGAJARKAN ILMU LEBIH BERAT AMANAHNYA BERBANDING DENGAN MEREKA YANG MENDENGARKAN ILMU. Bila kita sudah bersedia mengajak manusia untuk kembali kepada ajaran sebenar Al-Quran dan As-Sunnah, seharusnya si penyeru perlu lebih bersiap siaga dengan pengetahuannya yang mendalam tentang aqidah, ibadah, dan akhlaq yang sebenar supaya dalam kita nanti akan ada Rahmatullah yang mengiringinya dan mereka yang menerima seruan kita akan senang untuk ditarbiyyah dengan penuh kasih sayang.

            Ingatlah, mendidik manusia lebih “berat” dan sukar daripada mendidik binatang. Sebagai seorang manusia yang berilmu, beriman, dan beramal, misi untuk pembinaan insan harus lebih berkesan dan berjalan lancar dengan penekanan yang lebih mendalam tentang sesuatu keadaan. 
Perkukuhkan langkah kita semua menuju ke jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga “mahmudah” agar seri wangi akan turut menjadi penghias peribadi kita dalam melaksanakan amanah-amanah Allah.

            Ikhlaslah di dalam berjuang “Fisabilillah” supaya “Mardhotillah” akan sentiasa menanti kita di hujung jalan jihad ini. 

Sunday, May 8, 2011

Peringatan Buat Umur Insan oleh Mohd Adham Muhammad (ALONG)

Umur umat Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya) hanyalah sekitar 60 hingga 70 tahun. Jika ada yang dikurniakan Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) umur lebih daripada itu, maka ia merupakan suatu bonus. Jadi, eloklah kita bertanyakan diri kita masing-masing bagaimanakah mahu kita habiskan umur itu. Dengan cara elokkah ataupun dengan cara tidak elokkah? Terpulang pada pilihan kita sendiri. Hal ini kerana kita akan dibalas atas hasil usaha kita, sama ada baik ataupun tidak baik. Maka, berbahagialah mereka yang baik kesudahan hidupnya dan celakalah mereka yang buruk kesudahan hidupnya.
Secara umum, umur umat Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya) boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang mana tiap-tiap tahap mempunyai jangka waktu 7 tahun. Pembahagiannya adalah seperti berikut.
Pertama adalah tahap kanak-kanak yang dimanjakan dan diberi kasih sayang yang biasanya tidak terbatas. Jangka masanya adalah antara umur 1 hingga 7 tahun. Pada tahap inilah hidup manusia adalah yang paling bahagia, selamat dan bebas daripada derita kerana seseorang kanak-kanak itu akan dilimpahi cinta yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapanya.
Kedua dan ketiga adalah tahap kanak-kanak berubah menjadi anak muda dan diberi pelajaran dan pendidikan oleh ibu bapanya dan guru-gurunya. Jangka masanya bermula daripada umur 8 hingga 14 tahun dan daripada umur 15 hingga 21 tahun. Kebiasaannya adalah dimulakan dengan pendidikan rendah, menengah dan tinggi bergantung kepada budaya anak muda itu dibesarkan. Dua tempoh inilah yang amat besar peranannya dalam membentuk anak muda itu menjadi seorang insan.
Keempat adalah tahap anak muda itu memulakan hidupnya atas kaki sendiri bermula usia 22 hingga 28 tahun. Dalam tempoh ini anak muda itu akan mencari pekerjaan, membina keluarga dan menempatkan dirinya dalam masyarakat.
Kelima dan keenam adalah tahap anak muda itu memantapkan kerjayanya, mengukuhkan asas kekeluargaannya dan mula menonjolkan di manakah kedudukannya dalam masyarakat. Tahap keempat bermula daripada umur 29 hingga 35 tahun. Tahap kelima pula bermula daripada umur 36 hingga 42 tahun. Dalam dua tempoh ini, anak muda itu akan menyesuaikan dirinya dan keluarganya mengikut apa yang dicita-citakannya.
Ketujuh adalah tahap anak muda itu menjadi dewasa bermula umur 43 hingga 49 tahun. Pada tahap ini, kedewasaan insan telah lengkap. Kematangannya mencapai puncak. Kedudukan keluarganya kukuh dan anak-anaknya telah melalui beberapa tahap yang membolehkan mereka menjadi penerus kesinambungan si ayahnya.
Kelapan adalah tahap insan dewasa itu meninggalkan corak dan contohnya untuk ikutan generasi berikutnya. Tempohnya bermula umurnya 50 hingga 56 tahun. Dia mula melakukan persiapan untuk menikmati hidup selepas berusaha keras mencari rezeki di muka bumi milik Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) selama berpuluh-puluh tahun.
Kesembilan adalah tahap insan dewasa itu memasuki masa ketuaan. Umurnya bermula daripada 57 hingga 63 tahun. Dia telah menjadi seorang tua yang dihormati kerana ketuaannya. Dia juga telah memasuki tahap muhasabah di mana dia mula membuat hitungan amalnya. Dia juga telah memasuki tahap di mana dia mula mempersiapkan diri untuk berpindah ke dunia yang kekal abadi. Berbahagialah mereka yang menemui jalan pulang yang benar di hujung usia dan celakalah mereka yang sesat hingga ke akhir masa.
Kesepuluh adalah tahap insan itu telah memasuki zaman ketuaan yang teramat sehingga nyanyuk hampir membuatkan dirinya menderita. Bermula umurnya 64 hingga 70 tahun dia mula meminta kepada Tuhannya supaya umurnya ditamatkan sebelum kenyanyukannya membuatkan dirinya terhina pada mata manusia yang memandang. Dia akan terus berharap dan berharap sehinggalah Tuhannya memperkenankan harapannya itu.
Jika umurnya mula menginjak angka 71 tahun dan ke atas, maka tahulah insan itu bahawa Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) masih lagi mahukan dia melakukan kebaikan dan mengumpul amal kebajikan untuk dibuat bekalan sebelum dia dipanggil mengadap Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi).
Setelah itu, tamatlah umur insan yang telah diberi peringatan. Semoga kita diberikan kesempatan oleh Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) untuk meninggalkan dunia sementara ini dalam keadaan beriman. Ya Allah, perkenankanlah!

Monday, May 2, 2011

~Peringatan Bersama~

Umpama org yg mengerjakan sembahyang dgn rupanya yg luaran shj tapi lalai drpd haqiqatnya yg batin, diumpamakan sbg satu org yg tlh menghadiahkan kpd raja yg amat besar darjatnya, seorg yg tlh mati yg tiada ruh lagi. Manakala org yg mengurangkan dlm mengerjakan rupa zahir sembahyang itu, diumpamakan seorang yg menghadiahkan kpd raja, seorang yg terpotong anggota dan tiada dua matanya. Kedua-dua hadiah ini ditelentangkan di hadapan raja itu untuk dihadiahkan kepadanya. Sudah tentulah raja tersebut amat murka dan marah kepada mereka kerana perbuatan itu menghinakan kemuliaan kerajaannya dan meringankan tanggungjawab terhadap kerajaannya. 
[IMAM AL-GHAZALI] 
~dinyatakan dalam kitab Munyatul Musolli karangan Tuan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni~

Saturday, March 19, 2011

Haqiqat Yang Perlu Dipertahankan

            Menyedari hakikat bahawa pentingnya sebuah perpaduan. Tanpa sebuah kesatuan jiwa dan raga antara manusia, pasti keharmonian dan kesejahteraan sejagat tidak dapat dikecapi. Kita perlu sedar bahawa kita semua datang daripada Allah dan kita akan kembali jua kepada Allah. Ini adalah tanda bahawa kita sama di sisi Allah. Persoalannya, apakah isu fitnah yang perlu ditimbulkan lagi? Tidak cukupkah dengan krisis dan tragedi yang berlaku akibat kerosakan mulut durjana segelintir manusia. Kita membaca Al-Quran dan kita mempelajari Sunnah Rasulullah, namun kenapa kita masih degil dan tidak takut melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang perpecahan ummah. Ketahuilah, sesungguhnya mengundang kekacauan dalam agama, masyarakat, dan negara akan membawa kita kepada kemurkaan Allah. Gunakanlah akal dan imanmu dengan betul supaya segala keputusan yang bakal diambil nanti akan mendapat rahmat dari Allah.
            Saya cuba mengambil suasana kampus sebagai acuan pemerhatian saya. Saya merasakan siswa siswi yang sedang menjalani kehidupan di kampus masih belum mengerti tentang kepentingan sebagai manusia yang bertuhankan Allah, berimamkan Rasulullah, dan menganut agama Islam. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang dan dengan izin Allah mereka diterima masuk ke dalam universiti merupakan satu peluang untuk mereka lebih memahami ilmu dan kehidupan. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ini amat bahaya. Jika dilihat keadaan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah sudah begitu membimbangkan, sepatutnya pelajar universiti yang diharapkan untuk menjadi penyelamat masyarakat. Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Mereka juga seolah-olah telah mejadi kabur dan asyik dengan sifat tidak bertanggungjawab.
            Oleh itu, kita perlu segera bermuhasabah dan membina sebuah pemikiran yang jernih dalam usaha untuk mengemudi jiwa raga kita dari serangan-serangan ideologi yang rakus dan bertuhankan nafsu. Wallahu’alam. 

Wednesday, March 16, 2011

~Peringatan Bersama~

           
 Dalam peredaran masa yang begitu drastik ini, dunia seolah-olah akan menemui titik noktahnya. Dengan segala peristiwa, kejadian, dan tragedi yang berlaku di atas muka bumi Allah begitu bahaya dan mengancam keamanan ummah sejagat. Mana tidaknya, begitu banyak perpecahan ummah dan pergolakan budaya yang mengakibatkan ramai manusia hilang tempat pergantungan. Sekarang ini, ditambah lagi dengan krisis politik yang semakin merepek dan tidak melalui perangkaan objektif yang tidak bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah sentiasa mengingatkan kepada kita semua bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya kerana baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian bencana Allah yang berlaku di Jepun, iaitu gempa bumi dan tsunami. Kejadian itu telah berulang kembali. Adakah kita mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku??????

Friday, February 4, 2011

AMANAH & AKHLAQ

            Melaksanakan amanah Allah bukanlah mudah, bahkan banyak ujian akan menimpa diri kita ini untuk dinilai oleh Allah sama ada kita ini benar-benar beriman atau tidak dengan ayat-ayat keterangan Allah. Jika dahulu, manusia beriman takut untuk menjadi pemimpin kerana mereka sedar tugas seperti itu amat berat dan pasti penuh dengan dugaan. Jika ada yang terpilih dengan izin Allah, pasti air mata mereka akan bercucuran kerana takut tidak mampu untuk memikul amanah kepimpinan tersebut.
            Pada hari ini, situasinya cukup berbeza, di mana ramai manusia berkejar-kejaran untuk menjadi pemimpin. Semua merasakan diri masing-masing dah cukup hebat dan dia sahaja yang betul dengan menidakkan kebenaran orang lain. Ini bukanlah pemimpin Islam yang sejati. Akhlaq mulia harus menjadi penghias diri kepada pemimpin berkenaan. Kita harus sentiasa sedar bahawa amanah yang diberikan bukanlah dengan sia-sia. Ketahuilah, Allah tidak menjadikan kita dengan sia-sia. Setiap makhluq mempunyai haq yang perlu ditunaikan ke atas para makhluq yang lain. Allah itu Maha Adil.
            Melihat kepada situasi umat Islam, kita sebenarnya berada di ambang yang begitu bahaya. Bila-bila masa sahaja, kesucian Islam boleh tergugat secara keseluruhan. Jika kita sayangkan Islam sebagai agama dengan sepenuh jiwa, kita perlulah mengutamakan perpaduan. Rasulullah tidak mampu berjuang bersendirian, oleh sebab itu, Allah memberi ilham kepada Baginda untuk menyebarkan Islam di samping menyatupadukan umat manusia di bawah satu pegangan dengan membenarkan bahawa “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.”
            Perlu diingatkan bahawa kerana akhlaq Rasulullah dan Para Sahabat, Islam dipandang mulia oleh penganut-penganut agama lain, bahkan ada yang dikurniakan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam dan memuliakannya dengan segala daya kekuatan yang ada. Laksanakanlah amanah yang dikurniakan kepada kita dengan penuh berakhlaq. Allah jua Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya. Wallahu’alam.

Gheart One Ummah (GOU) Previous FB’s posts.



1.      Wahai insan, sedarlah... kita hanya hamba yg x punya apa2...
Allah jua berkuasa atas sglnya...
Apa yg kita ada, semua milikNya...
Jgn bangga dgn harta dan nama...
Kerna kita akan meninggalknnya...
Hnya amalan yg akan dibawa...
Bertaubatlah.. Bersyukurlh.. Kembalilh...
Pada Allah, Rasul, & Islam.

2.      Korbankn jiwamu...
Demi Allah, Rabb penciptamu...
Jgn malu utk mengenal Dia...
Pasti kau akan bahagia...
Dia (Allah) ada tiada bertempat...
Kerna tempat dijadikn Dia...
Dia x sama dgn makhluq2Nya...
Kerna tiada apa setara @ sama dengannya.

3.      Pegang erat 'itiqod ahlus sunnah wal jamaah (Allahu maujud bila makaan).
Sy anti mujassimah dan anti musyabbihah. Perangi puak2 khawarij yg lain juga dgn shabis-habisnya.

4.      Membina peribadi mulia.
~ Ber"manja" dgn 'alim 'ulama.
~ Beramah mesra dgn yg lbh tua.
~ Bergurau senda dgn adik2 kecil.
~ Mengelakkn pmbaziran mknn.
~ Bertegur sapa dgn mrk yg kenal @ x kenal.
~ Melebarkn senyuman ketika bersua dgn siapa shj.
~ "Alert" dgn 'ibadah dan 'amalan kpd Allah.

5.      Betapa sengsara jiwa ini... memikirkan...
Umat Islam yg semakin "tenggelam"...
Haru biru hatiku... Buntu... tiada daya...
Lemahnya diriku... ini...
Ya Allah... ampunkanlah silap laku ku...
Bantulah hamba2Mu...
Mencapai kemenangan...
Utk menjayakan... Perpaduan Ummah...
Agar Islam kan gemilang kembali.

6.      Sbg Muslim yg beriman & bertaqwa, jagalah lisan kita ini dari melafazkn ssuatu yg blh mmbawa ketegangan kpd ssuatu perkara. Jgn cepat menuding jari ssama kita. Budaya salah-menyalahi ini harus dilenyapkan. Kita perlu mmastikn bhw diri kita bebas dari sifat ego, sombong, dan takabbur. Jgn kita asyik baiki kesalahan org lain shingga kita lupe utk baiki kesilapan diri kita sendiri. (^_^)

7.      Tanamkan dlm diri kita sikap suka minta maaf jika buat salah dan sikap suka memaafkn org lain jika mrk dtg mitak maaf kpd kita. Dan jika mrk tdk dtg kpd kita utk mitak maaf, maka maafkanlah mrk. Allah suka hamba2Nya yg pemurah & penyayang. Tdk rugi jika berlembut sesama Muslim dan insan lain dlm hal2 kbaikan. (^_^)

8.      Sedarlah umat Islam...
Tiada guna kita bermusuhan...
Kita semua akan kembali menghadap Allah Yang Maha Agung...
Berdamailah... Jgn biarkn diri kita dibutakn dgn "propaganda dajjal"...
Api perpecahan semakin marak dlm kalangan umat Islam...
Hentikan kesombongan/keegoan kamu semua...
Kita semua akan mati menemui Allah...

9.      Banyaknya fitnah bertebaran...
X sayang mulut ke diorg nie...
Habis umat Islam pecah belah...
Camne nnti pada Hari Perhitungan???
Sedar ke yg umur kita nie x lama dah...
Mati x kenal siapa atau usia...
Bila Allah kehendaki, semua pasti terjadi...
Jgn fikir kita hebat, semua blh buat...
Yg lemah, kita ejek...
Yg kuat, kita ambik kesempatan...
Hrmm sedih aku lihat umat manusia kini.

10.  sahabat2, jgn lupa tuntut ilmu, bile ade ilmu, beramal lah, bile dah byk amal, jgn sombong pulak, sbb Allah sebaik2 Penilai Amalan. bile dah byk ilmu dan kuat amal, jgn la pulak mencemuh hamba2 Allah yg lain... krn semua yg kita ada, adalahmilik Allah Yang Maha Kuasa. kita x layak nak nilai org tu baik atau jahat, krn kita sendiri diperhati dan dinilai oleh Allah... apa yg menjadi tnggungjwb kita ialah, bile dah ada ilmu, ajarlh pd org lain, bile dah kuat beramal, ajaklh mrk beribadah bersama. inshaAllah, keindahan Islam pasti dpt dirasai semua. =)

11.  Ramai yg ingin menegakkan kebenaran Islam...
namun bab 'aqidah terkontang kanting...
bab 'ibadah terpelanting...
bab akhlaq terpusing2...
mcm mane nie?
Islam agama yg suci lagi indah...
Jgn kita cemarkn ia dgn salah laku kita...
Kukuhkan ilmu fardhu 'ain agar jalan utk kita mengerjakan ilmu fardhu kifayah akan dimudahkan Allah.
~BRJIHADLAH DI JLN ALLAH DGN JIHAD YG SEBENAR2NYA~

12.  Mulut generasi muda kini begitu lancang menyebut perkataan lucah, memaki org, dan menabur fitnah... diharapkn agar ibubapa prihatin dlm mendidik anak2, jgn sampai anak2 menjadi liar dan sukar dikawal. Tunjukkn contoh akhlaq yg mulia kpd anak2, yg penting jgn pula ibubapa sama (2x5) dgn anak2... kalau mcm tu, mmg penat lah... sampai bila2 susah nak terbina "Baitul Muslim" jika "Fardu Muslim" diabaikan. =)

13.  Dajjal & sekutunya bersorak krn umat Islam :
1. berpecah belah.
2. saling menfitnah.
3. tdk berilmu dan beramal.
4. saling benci mmbenci.
5. asyik makan benda2 haram dan terikut2 budaya haram buatan mereka.
6. terpedaya dgn propaganda mrk dlm keadaan "celik".
7. lebih takutkn mrk drpd takutkn Allah.

Wednesday, February 2, 2011

~ Bila GOU Meluahkan Rasa ~

Perpaduan Ummat Islam di serata dunia semakin lama semakin hilang serinya. Mana tidaknya, begitu ramai manusia yang ingin memperjuangkan Islam, namun asas ‘aqidahnya adalah jauh bertentangan dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Jika dilihatkan kepada sejarah-sejarah Islam silam, banyak pencerobohan telah dilakukan terhadap ummat Islam tidak kira dari apa jua aspek mahupun keadaan. Ini telah mengakibatkan kelalaian manusia itu sendiri dan menjerumuskan diri mereka ke lembah yang hina seterusnya membawa kepada kejahilan agama dan menyemarakkan lagi perpecahan ummat Islam.
Islam merupakan agama yang indah dan paling mulia di sisi Allah. Allah hanya menerima Islam sebagai Ad-Din. Kenyataan itu begitu jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Namun harus sedar, sebagai seorang Islam yang beriman lagi bertaqwa, sifat-sifat mahmudah perlu diterapkan dalam jiwa kita ini agar sifat-sifat mazmunah tidak akan mampu bernanah dalam peribadi kita ini.
Ragam manusia kini, mereka suka mencari kesalahan orang lain dan tegar dalam mengkritik individu-individu tertentu. Tidak salah menegur kesilapan orang lain tapi seeloknya gunalah cara yang berhikmah dan bersopan agar mereka senang menerima teguran kita ini. Jangan terlalu kasar dan ekstrem dalam membenarkan sesuatu kebenaran. Mungkin kita katakan apa yang kita cuba bawa adalah betul dan benar, namun harus kita teliti dalam pengambilan kaedah untuk membenarkannya agar proses penerimaan masyarakat terhadap sesuatu isu berjalan lancer tanpa sebarang keluhan dan cemuhan.
GOU tidak mahu menulis satu artikel yang panjang sebab GOU mahu masyarakat yang melihat artikel mampu memberi pemerhatian yang mudah dan senang untuk membuat penilaian. GOU tidak malu dan sentiasa senang menerima kritikan / komen untuk meningkatkan lagi mutu perjuangan GOU. Pihak GOU menyarankan agar kita berakhlaq dalam menegur dan mengkritik, semoga dengan peribadi yang mulia, semua manusia akan bahagia. Wallahu’alam. 

Wednesday, January 26, 2011

"Mangga" : The Spreading Virus

COMM 1010 Introduction to Mass Communication
By : Mohd Akram bin Muhammad
Political Science Student,
International Islamic University Malaysia.

            I choose the “Mangga” as my dislike magazine. What I can say that this magazine is not just dislike but most dislike magazine because of its negative effects are more than the benefits. It is published monthly and it has been said that this magazine is focusing on celebrities in Malaysia. It also can be classified as one of the social media because it functions as the reporter in personalities’ arena. Majority of people says that “Mangga” is similar like “Playboy” magazine from the foreign countries. Eventhough in “Mangga”, the photos are not too “extreme” just like “Playboy” but it still offensive and poke the eyes of society. From the Islamic perspective, of course it is totally illicit (haram) although there are some people says that the photos are not towards obscenity.

            After I made my observation through this magazine, I can say that “Mangga” is not a good magazine to be existed in Malaysia. If we are visible to evaluate for this magazine, it contains many gossips. Gossips can be either true or false. Sometimes, we just believe the gossips without reveal from right and authenticated sources. The existence of gossips derived from “Mangga” can cause many problems to the society in terms of the decline of adolescent morality, the cracks in family institutions, and the cultural transmission of defamatory (fitnah).

            The decline of adolescent morality today is very worrying. They become too sophisticated in sexual knowledge and know more than the adults about it. If we look into “Mangga”, there are many issues or articles regarding the sexual gossips and this can lead the adolescent to become immoral and addict to sex.

            “Mangga” also give its negative influence to the family institutions. The cracks that happen to the family institutions nowadays are also giving us “headache”. The statistic keeps increasing from years to years. The cause is same; the gossips and untrue news that spread in “Mangga”. The people believe the “Mangga” more than the other sources. That’s why we always heard about the celebrities’ divorce.

            Last, the cultural transmission of defamatory also never keeps in silence. Eventhough, the story is not a big issue but the controversial magazine like “Mangga” will always interfere and change its landscape to become sensation so that they can sell their publication materials. It getting worst if this kind of magazine is still exist in Malaysia.

            As a conclusion, the sad thing is the people keep buying for it and read it just for fun. They just simply evaluate that gossips is not a big issue and it is part of life of the celebrities. Yes, for them maybe means nothing but from Islamic point of view, the decline of adolescent morality, the cracks of family institutions, and the cultural transmission of defamatory will give bad impacts to the society and they make the concept “end justifies the mean” more legal and the Islamic teachings will be forgotten.

            May Allah protects us from this catastrophe and avoid the Wrath of Allah. Wallahu’alam.

Thursday, January 20, 2011

Facebook's status collection

Everything exists in accordance with His Destining and Will. His Will is fulfilled. The slaves do not will anything except what He willed for them; so whatever He willed for them does come into being, and whatever He did not will does not exist. (IMAM ABU JA'FAR AL-WARRAQ AT-TAHAWIYY)


Salam, for those that active in observing and evaluating the political issues, let us become moderate and be rational in criticism session. Remember Allah & Rasul, be a person that has well-manner. Towards the Unity Of Ummah. (^_^)


Be a good mother and father to your children, teach them to know Allah, Rasul, and Islam well. Don't make a habit to condemn the other people if your children misbehave. lead them well. inshaAllah. Baitul Muslim will be achieved easily with the blessing from Allah.


Bersederhanalah wahai insan dan berakhlaqlah dgn akhlaq yg mulia; akhlaq Rasulullah = akhlaq Al-Quran.


Insan yg menyaqini Allah dan Rasul, tidak akan sekali-kali berputus asa dari menjayakan Perpaduan Ummah, bahkan mrk akan terus berpegang pada janji2 Allah. Kerna Perpaduan Ummah tidak mustahil bagi Allah. Bila Allah mengizinkan, tiadak yg mmpu menghalangnya. ~ Menuju Perpaduan Ummah ~


Mantapkan Akhlaq Islamiyyah dlm jiwa setiap pemuda pemudi. Jgn saratkan diri anda dgn kebencian terhadap sesama umat Islam. Bentengkan dirimu dari penangan iblis & syaitan yg selalu ingin mmecah belahkan umat Islam. Jaga jasad dan hatimu agar terpelihara dari mazmumah. ~ Menuju Perpaduan Ummah ~


‎"Lebar"kan senyumanmu bila berhadapan dgn masyarakat. Bertegur sapalah ssama umat Islam ke arah perkara kebaikan. Tundukkan keegoan dan kenalilah insan di sekelilingmu. Amalkan Rukun Usrah dgn cara yg betul. ~ Menuju Perpaduan Ummah ~


Generasi muda kini bakal berhadapan dgn pelbagai mslh pada masa akan dtg jika hari ini mrk masih lg tdk mmbaiki sikap mrk dan asyik dgn kealpaan dgn dunia. Matangkan pemikiran dgn ilmu & pngalaman. Semaikan kasih syg sesama manusia. Satukan ummah dalam satu wasilah agar matlamat Perpaduan Ummah bisa dicapai dgn mudah. Berakhlaqlah!!! ~ Menuju Perpaduan Ummah ~

TALAQQI IN IIUM GOMBAK

Sunday, January 16, 2011

GOOD PARENTS = GOOD CHILDREN

Gheart 1Ummah had made an observation towards the parents’ condition in shaping the children. The parents’ personality is very important so that they can show a good image to their children. A child is born in “fitrah” that means pure and clean from any kind of physical and mental corruptions. Remember, to educate our children to become ‘soleh’ and ‘solehah’, it must be done from the parents. They must train the children to be adapted with the Islamic Knowledge. If the parents that failed to do so, they will have a great negative effects when the children grown up. However, seek Allah’s protection in order to avoid it. InsyaAllah.
            There are some parents that always busy with their worldly works. So, they forget to watch and care about their children. This is wrong. Furthermore, there are some parents that care and love their children based on the wrong ways. They spoiled the children and let them taste the “unlimited freedom”. These factors will cause the children to react passively after they get exposed with the immoral behaviours.
            GOU would like to call all parents to become more alert and responsible to their children. The children today will become the future leaders. insyaAllah. Put your priority to teach your children about Allah, Rasul, and Islam. Wallahu’alam.

Wednesday, January 12, 2011

MISI PERPADUAN UMMAH MESTI DITERUSKAN



           Gheart One Ummah (G.O.U.) ingin mencurahkan sedikit pandangan mengenai isu perpaduan ummah dalam kalangan rakyat Malaysia. Misi sebegini perlu diteruskan untuk menjamin kesejahteraan agama, bangsa, dan negara. Jika ia tidak diendahkan oleh segelintir pihak akan keberkesanannya, ini akan menyebabkan usaha untuk menjayakannya akan terbantut. Para pemimpin kerajaan dan pembangkang seharusnya merendahkan nilai keegoan dalam diri masing-masing agar kita semua dapat mengambil kata putus yang baik berhubung dengan isu ini.
            GOU pernah melakukan sedikit pemerhatian dan kaji selidik terhadap generasi muda mengenai perihal politik. Berdasarkan pemerhatian tersebut, GOU mendapati kebanyakan generasi muda memandang politik sebagai suatu yang jelik, kotor, dan tiada perikemanusiaan. Fahaman sebegini harus dirawat dengan segera. Jika tidak, negara ini akan kehilangan pewaris kepimpinan negara yang berkualiti dan berwibawa.
            Dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan ummah, GOU menyarankan agar para pemimpin kerajaan dan pembangkang mampu mewujudkan akhlak atau peribadi yang bersih dalam diri masing-masing agar mereka semua mampu menjadi contoh kepada rakyat atau ahli pimpinannya. Hubungan profesional harus dipupuk dan jika ia telah ada dalam jiwa para pemimpin, beristiqomahlah dengannya. Jangan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, baru hubungan profesional itu akan timbul menyapa.
            Perpaduan ummah ini penting. Jika kita tidak bersatu, masakan kita dapat hidup dengan baik. Caci-mencaci bukanlah suatu budaya yang dalam politik. Elakkanlah dari menimbulkan fitnah dan menyebarkannya kerana ia bisa mengundang kemurkaan Allah. Jagalah personaliti dan perwatakan diri masing-masing tidak kira sama ada para pemimpin ataupun rakyat sendiri. Pemimpin dan rakyat perlu saling melengkapi dan saling nasihat-menasihati dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama, bangsa, dan negara.
            Apa yang pasti, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar lagi shohih. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW bukan hanya dari segi berpolitik semata-mata tapi juga penampilan akhlak. Ia amat penting dan bukan hanya omongan kosong. Walau apapun yang terjadi, GOU akan berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga untuk meneruskan agenda perpaduan ummah. Wallau’alam.

Sayang            >         Allah
Sayang            >         Rasulullah
Sayang            >         Islam
Sayang            >         Al-Quran
Sayang            >         As-Sunnah
Sayang            >         Ibubapa
Sayang            >         Muslimin & Muslimat
Sayang            >         Perpaduan Ummah