Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Thursday, July 21, 2011

KE MANA KITA AKAN MELANGKAH?

Setiap hari kita digembar-gemburkan dengan kerenah politik yang mungkin menyebabkan mata kita sakit melihatnya dan hati kita lelah menahannya. Namun, apakan daya kerana dunia pada hari ini semakin “parah” dikelilingi dengan gejala-gejala pentadbiran dan pemerintahan yang kotor akibat kepimpinan para pemimpin tidak terserlah dengan aqidah, ibadah, dan akhlaq yang sejati.

            Persoalan ke mana kita akan melangkah sukar untuk ditentukan kerana tanpa ilmu dan prinsip hidup yang betul akan menyebabkan kita mudah untuk dimanipulasi oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan hanya “lapar” memenuhi kepentingan diri dengan mengorbankan orang lain. Adakah kita sanggup untuk dijadikan “kambing hitam” oleh mereka? Jika jawapannya adalah ya, maka amat malang untuk kita semua kerana demi harta dan nama kita sanggup menggadaikan kepentingan agama. Jika jawapannya adalah tidak, bermakna kita sedar dan memahami jalan yang wajib diambil. Syabas buat mereka yang berkata tidak.

            Jika dilihat kepada komen-komen pengguna siber di laman sosial ketika memberi komen terhadap isu-isu kekotoran politik dan keruntuhan akhlaq, mereka akan berkata, “kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah”. Benar, ianya adalah suatu ungkapan yang amat bagus dan terbaik sekali untuk dilafazkan. Namun harus kita ingat bahawa MANUSIA YANG MENGAJARKAN ILMU LEBIH BERAT AMANAHNYA BERBANDING DENGAN MEREKA YANG MENDENGARKAN ILMU. Bila kita sudah bersedia mengajak manusia untuk kembali kepada ajaran sebenar Al-Quran dan As-Sunnah, seharusnya si penyeru perlu lebih bersiap siaga dengan pengetahuannya yang mendalam tentang aqidah, ibadah, dan akhlaq yang sebenar supaya dalam kita nanti akan ada Rahmatullah yang mengiringinya dan mereka yang menerima seruan kita akan senang untuk ditarbiyyah dengan penuh kasih sayang.

            Ingatlah, mendidik manusia lebih “berat” dan sukar daripada mendidik binatang. Sebagai seorang manusia yang berilmu, beriman, dan beramal, misi untuk pembinaan insan harus lebih berkesan dan berjalan lancar dengan penekanan yang lebih mendalam tentang sesuatu keadaan. 
Perkukuhkan langkah kita semua menuju ke jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga “mahmudah” agar seri wangi akan turut menjadi penghias peribadi kita dalam melaksanakan amanah-amanah Allah.

            Ikhlaslah di dalam berjuang “Fisabilillah” supaya “Mardhotillah” akan sentiasa menanti kita di hujung jalan jihad ini. 

No comments:

Post a Comment