Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Sunday, May 8, 2011

Peringatan Buat Umur Insan oleh Mohd Adham Muhammad (ALONG)

Umur umat Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya) hanyalah sekitar 60 hingga 70 tahun. Jika ada yang dikurniakan Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) umur lebih daripada itu, maka ia merupakan suatu bonus. Jadi, eloklah kita bertanyakan diri kita masing-masing bagaimanakah mahu kita habiskan umur itu. Dengan cara elokkah ataupun dengan cara tidak elokkah? Terpulang pada pilihan kita sendiri. Hal ini kerana kita akan dibalas atas hasil usaha kita, sama ada baik ataupun tidak baik. Maka, berbahagialah mereka yang baik kesudahan hidupnya dan celakalah mereka yang buruk kesudahan hidupnya.
Secara umum, umur umat Nabi Muhammad (selawat dan salam atasnya) boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang mana tiap-tiap tahap mempunyai jangka waktu 7 tahun. Pembahagiannya adalah seperti berikut.
Pertama adalah tahap kanak-kanak yang dimanjakan dan diberi kasih sayang yang biasanya tidak terbatas. Jangka masanya adalah antara umur 1 hingga 7 tahun. Pada tahap inilah hidup manusia adalah yang paling bahagia, selamat dan bebas daripada derita kerana seseorang kanak-kanak itu akan dilimpahi cinta yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapanya.
Kedua dan ketiga adalah tahap kanak-kanak berubah menjadi anak muda dan diberi pelajaran dan pendidikan oleh ibu bapanya dan guru-gurunya. Jangka masanya bermula daripada umur 8 hingga 14 tahun dan daripada umur 15 hingga 21 tahun. Kebiasaannya adalah dimulakan dengan pendidikan rendah, menengah dan tinggi bergantung kepada budaya anak muda itu dibesarkan. Dua tempoh inilah yang amat besar peranannya dalam membentuk anak muda itu menjadi seorang insan.
Keempat adalah tahap anak muda itu memulakan hidupnya atas kaki sendiri bermula usia 22 hingga 28 tahun. Dalam tempoh ini anak muda itu akan mencari pekerjaan, membina keluarga dan menempatkan dirinya dalam masyarakat.
Kelima dan keenam adalah tahap anak muda itu memantapkan kerjayanya, mengukuhkan asas kekeluargaannya dan mula menonjolkan di manakah kedudukannya dalam masyarakat. Tahap keempat bermula daripada umur 29 hingga 35 tahun. Tahap kelima pula bermula daripada umur 36 hingga 42 tahun. Dalam dua tempoh ini, anak muda itu akan menyesuaikan dirinya dan keluarganya mengikut apa yang dicita-citakannya.
Ketujuh adalah tahap anak muda itu menjadi dewasa bermula umur 43 hingga 49 tahun. Pada tahap ini, kedewasaan insan telah lengkap. Kematangannya mencapai puncak. Kedudukan keluarganya kukuh dan anak-anaknya telah melalui beberapa tahap yang membolehkan mereka menjadi penerus kesinambungan si ayahnya.
Kelapan adalah tahap insan dewasa itu meninggalkan corak dan contohnya untuk ikutan generasi berikutnya. Tempohnya bermula umurnya 50 hingga 56 tahun. Dia mula melakukan persiapan untuk menikmati hidup selepas berusaha keras mencari rezeki di muka bumi milik Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) selama berpuluh-puluh tahun.
Kesembilan adalah tahap insan dewasa itu memasuki masa ketuaan. Umurnya bermula daripada 57 hingga 63 tahun. Dia telah menjadi seorang tua yang dihormati kerana ketuaannya. Dia juga telah memasuki tahap muhasabah di mana dia mula membuat hitungan amalnya. Dia juga telah memasuki tahap di mana dia mula mempersiapkan diri untuk berpindah ke dunia yang kekal abadi. Berbahagialah mereka yang menemui jalan pulang yang benar di hujung usia dan celakalah mereka yang sesat hingga ke akhir masa.
Kesepuluh adalah tahap insan itu telah memasuki zaman ketuaan yang teramat sehingga nyanyuk hampir membuatkan dirinya menderita. Bermula umurnya 64 hingga 70 tahun dia mula meminta kepada Tuhannya supaya umurnya ditamatkan sebelum kenyanyukannya membuatkan dirinya terhina pada mata manusia yang memandang. Dia akan terus berharap dan berharap sehinggalah Tuhannya memperkenankan harapannya itu.
Jika umurnya mula menginjak angka 71 tahun dan ke atas, maka tahulah insan itu bahawa Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) masih lagi mahukan dia melakukan kebaikan dan mengumpul amal kebajikan untuk dibuat bekalan sebelum dia dipanggil mengadap Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi).
Setelah itu, tamatlah umur insan yang telah diberi peringatan. Semoga kita diberikan kesempatan oleh Allah (Maha Suci dan Maha Tinggi) untuk meninggalkan dunia sementara ini dalam keadaan beriman. Ya Allah, perkenankanlah!

Monday, May 2, 2011

~Peringatan Bersama~

Umpama org yg mengerjakan sembahyang dgn rupanya yg luaran shj tapi lalai drpd haqiqatnya yg batin, diumpamakan sbg satu org yg tlh menghadiahkan kpd raja yg amat besar darjatnya, seorg yg tlh mati yg tiada ruh lagi. Manakala org yg mengurangkan dlm mengerjakan rupa zahir sembahyang itu, diumpamakan seorang yg menghadiahkan kpd raja, seorang yg terpotong anggota dan tiada dua matanya. Kedua-dua hadiah ini ditelentangkan di hadapan raja itu untuk dihadiahkan kepadanya. Sudah tentulah raja tersebut amat murka dan marah kepada mereka kerana perbuatan itu menghinakan kemuliaan kerajaannya dan meringankan tanggungjawab terhadap kerajaannya. 
[IMAM AL-GHAZALI] 
~dinyatakan dalam kitab Munyatul Musolli karangan Tuan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni~