Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Monday, July 25, 2011

BERPOLITIK CARA اهل السّنّة والجماعة

Jika diperhatikan keadaan masa kini, banyak pihak cuba untuk menceburkan diri di dalam bidang politik dan pentadbiran. Ada juga yang “gila kuasa” untuk menjadi menjadi pemerintah negara. Dalam usaha mereka meratah masa untuk mengejar cita-cita yang agak “mahal harga”nya, mereka lupa untuk mempersiapkan diri dengan didikan agama yang sejati.
            Didikan agama yang sejati ini merujuk kepada ilmu-ilmu ahlussunnah wal jama’ah. ASWJ (singkatan kepada ahlussunnah wal jama’ah) merupakan generasi penyelamat ummah yang sebenar dan ia banyak menggariskan ilmu-ilmu yang benar dalam memperincikan perihal aqidah, ibadah, dan akhlaq.
            Apa yang pasti, ASWJ merupakan suatu rahmat dari Allah untuk menyelamatkan manusia daripada dunia kegelapan. Pengetahuan politik tidak terlepas dari pandangan dan pemerhatian ulama-ulama ASWJ. Apa yang membanggakan mengenai perjuangan ASWJ, para alim ulama akan menekankan bab aqidah atau usuluddin dalam sesuatu pekerjaan tidak kira apa jua pekerjaan itu.
            Ilmu Aqidah atau Usuluddin berperanan membuka ruang kepada manusia untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) kerana mengenal Allah ini wajib kerana ia akan melebarkan pintu rahmat dalam melakukan ibadah-ibadah yang lain. Imam Al-Ghazali pernah berpesan bahawa tiada sah suatu ibadah itu melainkan setelah kita mengenali Allah yang kita sembah.
            Jadi, jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang-bidang furu’ yang lain lebih-lebih lagi politik, kita harus menghadamkan pengetahuan dalam mengenal Allah Rabbul Jalil agar perjuangan politik akan lebih mantap dan sejajar dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Sebagai langkah pertama, Gheart One Ummah nyatakan di sini pendirian seorang politikus yang benar. Politikus ASWJ tidak akan mengabaikan soal-soal aqidah yang benar dan ini adalah ciri-cirinya. Aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang sejati ialah :

Dan wajib ke atas orang yang ‘aqil baligh itu mengetahui bahawasanya Allah Ta’ala itu :

وحده لا شريك له
Ertinya : Esa tiada yang menyekutui bagiNya.

فرد لا نظير له
Ertinya : Tunggal tiada bagiNya banding.

ازليّ لا بداية له
Ertinya : Sedia ada tiada bagiNya permulaan.

سرمديّ لا نهاية له
Ertinya : Kekal tiada bagiNya kesudahan.

منزّه عن مشابهة المخلوق
Ertinya : Maha Suci daripada bersamaan dengan segala makhluq (yang baharu).

ليس كمثله شيء وهو السّميع العليم
Ertinya : Tiada sesuatu yang seumpama dengan Allah Ta’ala dan Dialah (Allah) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

ليس بجسمٍ مصوّرٍ
Ertinya : Tiada Allah Ta’ala itu berjisim yang berupa (digambarkan).

تعالى اللّه عن الانتقالات والحركات والحلول والاقطار والجهات
Ertinya : Maha Suci Allah Ta’ala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada sesuatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu.

لا يحويه مكان
Ertinya : Tiada meliputi akan Allah Ta’ala itu oleh tempat.

ولا يحصيه زمان
Ertinya : Tiada menentukan Allah Ta’ala oleh zaman.

كان قبل ان خلق الزّمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان
Ertinya : Allah Ta’ala itu dahulu daripada bahawa Allah menjadikan akan zaman dan tempat dan adalah Allah Ta’ala sekarang atasnya, iaitu ada Allah sedia ada tiada berubah-ubah daripada sedia adanya.


Sumber Kitab : هداية السّالكين في سلوك مسلك المتّقين
Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin
            (Petunjuk Jalan Bagi Orang-Orang Yang Takut Kepada Allah)
Syeikh Abdusshomad Al-Falimbani


Kesimpulannya, mengenal Allah itu wajib dan berpolitik dengan aqidah yang salah akan menyebabkan setiap tingkah laku seorang politikus itu akan kehilangan berkat dari Allah. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment