Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Sunday, August 28, 2011

Jangan Kita Leka


Andainya akal fikiran ini mampu berfungsi dengan baik bersandarkan pada kefahaman Islam yang sebenar, sudah tentu masyarakat akan mudah untuk menghayati erti perpaduan ummah sekaligus membenci untuk berpecah belah atau bercerai berai. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, manusia semakin buta dan berasa takut untuk menghayati dan melaksanakan agenda perpaduan ummah. Entah kenapa jadi begitu dan apakah sebabnya ada sesetengah dalam kalangan masyarakat merasakan diri mereka dalam keadaan trauma apabila berbicara tentang usaha mulia ini.
            Sebagai manusia yang berilmu, kita perlu memanfaatkan ilmu yang ada pada diri kita dengan membanyakkan muhasabah diri dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan agar kebaikan mampu dicapai dengan indah pada masa-masa yang akan datang. Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah secara total pada tahun 1924 seharusnya telah membuka luas mata masyarakat agar menjauhi perpecahan ummah dan lebih mementingkan perpaduan serta berganding bahu mengalah musuh-musuh Islam.
            Oleh itu, janganlah kita terlalu asyik dan leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang kerana semuanya amat mudah bagi Allah untuk diambil kembali. Peringatkan diri kita semua agar tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mengecapi kepentingan diri atau peribadi. Takutlah pada Allah dan hayatilah Islam dengan sepenuhnya bukan sebahagian sahaja. 

1 comment:

  1. salam..tambahan,budaya2 barat,hedonisme,liberal,pluralisme buat kita jadi leka..masyarakat perlu sedar bahayanya ancaman semua -isme yg menyebabkan ummah jd berpecah belah dan tiada jatidiri..tp insyAllah,kita kena yakin satu hari nanti akan tiba masanya semua umat islam akan bersatu.

    ReplyDelete