Gheart One Ummah (G.O.U.) ingin mencurahkan sedikit pandangan mengenai isu perpaduan ummah dalam kalangan rakyat Malaysia. Misi sebegini perlu diteruskan untuk menjamin kesejahteraan agama, bangsa, dan negara. Jika ia tidak diendahkan oleh segelintir pihak akan keberkesanannya, ini akan menyebabkan usaha untuk menjayakannya akan terbantut. Para pemimpin kerajaan dan pembangkang seharusnya merendahkan nilai keegoan dalam diri masing-masing agar kita semua dapat mengambil kata putus yang baik berhubung dengan isu ini.
GOU pernah melakukan sedikit pemerhatian dan kaji selidik terhadap generasi muda mengenai perihal politik. Berdasarkan pemerhatian tersebut, GOU mendapati kebanyakan generasi muda memandang politik sebagai suatu yang jelik, kotor, dan tiada perikemanusiaan. Fahaman sebegini harus dirawat dengan segera. Jika tidak, negara ini akan kehilangan pewaris kepimpinan negara yang berkualiti dan berwibawa.
Dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan ummah, GOU menyarankan agar para pemimpin kerajaan dan pembangkang mampu mewujudkan akhlak atau peribadi yang bersih dalam diri masing-masing agar mereka semua mampu menjadi contoh kepada rakyat atau ahli pimpinannya. Hubungan profesional harus dipupuk dan jika ia telah ada dalam jiwa para pemimpin, beristiqomahlah dengannya. Jangan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, baru hubungan profesional itu akan timbul menyapa.
Perpaduan ummah ini penting. Jika kita tidak bersatu, masakan kita dapat hidup dengan baik. Caci-mencaci bukanlah suatu budaya yang dalam politik. Elakkanlah dari menimbulkan fitnah dan menyebarkannya kerana ia bisa mengundang kemurkaan Allah. Jagalah personaliti dan perwatakan diri masing-masing tidak kira sama ada para pemimpin ataupun rakyat sendiri. Pemimpin dan rakyat perlu saling melengkapi dan saling nasihat-menasihati dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama, bangsa, dan negara.
Apa yang pasti, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar lagi shohih. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW bukan hanya dari segi berpolitik semata-mata tapi juga penampilan akhlak. Ia amat penting dan bukan hanya omongan kosong. Walau apapun yang terjadi, GOU akan berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga untuk meneruskan agenda perpaduan ummah. Wallau’alam.
Sayang > Allah
Sayang > Rasulullah
Sayang > Al-Quran
Sayang > As-Sunnah
Sayang > Ibubapa
Sayang > Muslimin & Muslimat
Sayang > Perpaduan Ummah
No comments:
Post a Comment