Perpaduan Ummat Islam di serata dunia semakin lama semakin hilang serinya. Mana tidaknya, begitu ramai manusia yang ingin memperjuangkan Islam, namun asas ‘aqidahnya adalah jauh bertentangan dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Jika dilihatkan kepada sejarah-sejarah Islam silam, banyak pencerobohan telah dilakukan terhadap ummat Islam tidak kira dari apa jua aspek mahupun keadaan. Ini telah mengakibatkan kelalaian manusia itu sendiri dan menjerumuskan diri mereka ke lembah yang hina seterusnya membawa kepada kejahilan agama dan menyemarakkan lagi perpecahan ummat Islam.
Islam merupakan agama yang indah dan paling mulia di sisi Allah. Allah hanya menerima Islam sebagai Ad-Din. Kenyataan itu begitu jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Namun harus sedar, sebagai seorang Islam yang beriman lagi bertaqwa, sifat-sifat mahmudah perlu diterapkan dalam jiwa kita ini agar sifat-sifat mazmunah tidak akan mampu bernanah dalam peribadi kita ini.
Ragam manusia kini, mereka suka mencari kesalahan orang lain dan tegar dalam mengkritik individu-individu tertentu. Tidak salah menegur kesilapan orang lain tapi seeloknya gunalah cara yang berhikmah dan bersopan agar mereka senang menerima teguran kita ini. Jangan terlalu kasar dan ekstrem dalam membenarkan sesuatu kebenaran. Mungkin kita katakan apa yang kita cuba bawa adalah betul dan benar, namun harus kita teliti dalam pengambilan kaedah untuk membenarkannya agar proses penerimaan masyarakat terhadap sesuatu isu berjalan lancer tanpa sebarang keluhan dan cemuhan.
GOU tidak mahu menulis satu artikel yang panjang sebab GOU mahu masyarakat yang melihat artikel mampu memberi pemerhatian yang mudah dan senang untuk membuat penilaian. GOU tidak malu dan sentiasa senang menerima kritikan / komen untuk meningkatkan lagi mutu perjuangan GOU. Pihak GOU menyarankan agar kita berakhlaq dalam menegur dan mengkritik, semoga dengan peribadi yang mulia, semua manusia akan bahagia. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment