Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Saturday, March 19, 2011

Haqiqat Yang Perlu Dipertahankan

            Menyedari hakikat bahawa pentingnya sebuah perpaduan. Tanpa sebuah kesatuan jiwa dan raga antara manusia, pasti keharmonian dan kesejahteraan sejagat tidak dapat dikecapi. Kita perlu sedar bahawa kita semua datang daripada Allah dan kita akan kembali jua kepada Allah. Ini adalah tanda bahawa kita sama di sisi Allah. Persoalannya, apakah isu fitnah yang perlu ditimbulkan lagi? Tidak cukupkah dengan krisis dan tragedi yang berlaku akibat kerosakan mulut durjana segelintir manusia. Kita membaca Al-Quran dan kita mempelajari Sunnah Rasulullah, namun kenapa kita masih degil dan tidak takut melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang perpecahan ummah. Ketahuilah, sesungguhnya mengundang kekacauan dalam agama, masyarakat, dan negara akan membawa kita kepada kemurkaan Allah. Gunakanlah akal dan imanmu dengan betul supaya segala keputusan yang bakal diambil nanti akan mendapat rahmat dari Allah.
            Saya cuba mengambil suasana kampus sebagai acuan pemerhatian saya. Saya merasakan siswa siswi yang sedang menjalani kehidupan di kampus masih belum mengerti tentang kepentingan sebagai manusia yang bertuhankan Allah, berimamkan Rasulullah, dan menganut agama Islam. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang dan dengan izin Allah mereka diterima masuk ke dalam universiti merupakan satu peluang untuk mereka lebih memahami ilmu dan kehidupan. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ini amat bahaya. Jika dilihat keadaan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah sudah begitu membimbangkan, sepatutnya pelajar universiti yang diharapkan untuk menjadi penyelamat masyarakat. Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Mereka juga seolah-olah telah mejadi kabur dan asyik dengan sifat tidak bertanggungjawab.
            Oleh itu, kita perlu segera bermuhasabah dan membina sebuah pemikiran yang jernih dalam usaha untuk mengemudi jiwa raga kita dari serangan-serangan ideologi yang rakus dan bertuhankan nafsu. Wallahu’alam. 

No comments:

Post a Comment