Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Tuesday, December 14, 2010

Teknik-Teknik dalam Penasihatan



Setelah diamati ternyata enam teknik yang dianjurkan oleh syarak dalam penasihatan seperti berikut:

NASIHAT
Nasihat merupakan teknik yang paling mudah. Nasihat adalah komunikasi dua hala. Orang yang dinasihati mestilah menerima dengan hati dan fikiran yang terbuka senyum dan muka yang berseri dan penyataan kesyukuran yang jelas dan diikuti dengan kesungguhan untuk mula membaiki diri. Pada masa yang sama, orang yang memberikan nasihat mestilah sabar, berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang sesuai dan memilih suasana emosi yang betul.

TAWSIYAH (PESANAN)
Bererti member pesanan yang menjadi kewajipan ke atas setiap individu Muslim untuk berpesan atau memberi peringatan kepada diri dan ahli keluarganya, rakan, jiran, dan seterusnya masyarakat seluruhnya berdasarkan kebenaran. Pesanan hendaklah dilakukan dengan penuh kesabaran dan belas kasihan.

TAZKIRAH (PERINGATAN)
Orang Mukmin hendaklah sentiasa saling memperingati antara satu sama lain. Sesungguhnya tugas memperingati antara satu sama lain dapat menyelamatkan saudaranya daripada melakukan kemungkaran atau berada di dalam kesusahan. Tugas saling memperingati ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berkelompok kerana pihak yang terlibat dengan kemungkaran tidak merasa malu sebab ucapan yang diluahkan oleh penasihat secara umum. Tetapi cara ini tidak boleh digunakan dalam masalah yang lebih rumit serta memerlukan pengamatan dan perhatian yang lebih khusus daripada penasihat.

IRSYAD (MENUNJUK KE ARAH KEBENARAN)
Irsyad bermaksud menunjuk ke arah kebenaran. Sesungguhnya, perasaan dan akal yang dipimpin oleh panduan syarak sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada kesesatan di dunia dan akhirat.

QIYADAH (PIMPINAN)
Pimpinan juga mempunyai pertalian rapat dengan bimbingan dan teladan. Seorang penasihat mestilah boleh memimpin dirinya sendiri dan mampu memimpin orang lain. Tugasnya bukan hanya menyatakan sesuatu yang baik, tetapi hendaklah mengetahui jalan atau cara untuk melakukan kebaikan.

QUDWAH (TELADAN)
Qudwah atau uswah bermaksud teladan. Oleh itu, penasihat mestilah menampilkan keyakinan diri sebagai teladan dan boleh memberi keyakinan kepada pelanggan. Jika penasihat sendiri tidak memenuhi syarat sedemikian, maka pelanggan akan mempunyai satu tanggapan yang meleset terhadapnya.

ISLAH (PERUBAHAN SIKAP DAN TINGKAH LAKU KE ARAH YANG LEBIH BAIK)
Islah iaitu membaiki hubungan antara manusia yang meliputi hubungan seorang insan dengan kedua ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, jiran, majikan dan masyarakat seluruhnya. Memulihkan hubungan antara manusia atau mendamaikan manusia termasuk dalam kebajikan dan akan dikurniakan ganjaran yang besar.

(*PETIKAN DARI BUKU “Indahnya Islam Mengatur Kita” KARANGAN USTAZ HARUSSANI ZAKARIA)

No comments:

Post a Comment