Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Friday, December 24, 2010

DILEMA POLITIK

Kaabah - lambang penyatuan Umat Islam

Pelbagai persoalan sering dilontar oleh segenap lapisan masyarakat mengenai kesejahteraan keadaan politik di Malaysia. Mampukah senario politik di Malaysia menjadi aman dan tersusun? Benar, setiap negara pasti mengalami masalah politik kerana ia merupakan satu lumrah dan kebiasaan yang tidak mampu terpisah dari pentadbiran sesebuah negara. Namun, apa yang diinginkan oleh masyarakat yang berfikir ialah mereka mahukan satu suasana politik yang matang dan penuh toleransi.

 Semenjak Persidangan Parlimen dibenarkan diadakan rakaman secara langsung beberapa tahun yang lalu, pelbagai ragam dan gelagat beberapa ahli politik dapat disaksikan yang mana ia tidak menunjukkan ketidakmatangan seorang pemimpin mahupun dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Apa yang pasti, setiap dari mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan sangat baik. Jika latar belakang pendidikan mereka sudah berada pada suatu yang tahap yang baik, pasti penampilan dan gaya kepimpinan mereka akan cukup berbeza berbanding dengan apa yang sudah terjadi. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan.

 Sebagai rakyat yang prihatin, masyarakat sudah pasti ingin melihat para pemimpin mereka yang bukan hanya manis di mulut tapi hebat dalam memimpin dirinya sendiri dan orang lain. Majoriti ahli-ahli politik di dalam kepimpinan negara dan juga pentadbiran pembangkang, rata-rata dari mereka adalah Muslim. Disebabkan itulah, mereka harus membuka mata dan bersedia menyemai penampilan akhlaq yang mulia seperti akhlaq Rasulullah SAW dan Para Sahabat. Wujudkan PERPADUAN dan TOLERANSI dalam kepimpinan dan kepemimpinan serta berusahalah untuk mencapainya demi keharmonian agama, bangsa, dan tanah air.

 Demi Allah dan Rasul,
Tundukkan keegoan diri masing-masing dan mulalah untuk berfikir dengan jernih. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan cara yang sebenarnya. Jadilah ahli politik Islam yang berhemah dan berpegang teguh dengan perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW. Wallahu’alam.


No comments:

Post a Comment