Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Friday, December 24, 2010

LILLAHI TA’ALA : Oh .. Malaysiaku ...

Dengan Nama Allah; Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Diri ini terasa amat pilu melihat keadaan politik di Malaysia. Pelbagai konflik dan kerenah telah timbul akibat pentingkan diri sendiri. Walhal, Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Namun, tak semua menyedarinya. Hakikatnya, amat sukar untuk Malaysia menjadi sebuah Negara Islam jika tidak ada sokongan dari rakyatnya sendiri. Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa parti politik di Malaysia yang mana setiap dari parti berkenaan mempunyai dasar dan matlamat yang berbeza. Benarkah begitu?

     Jika benar seperti apa yang dinyatakan, maka amat sukarlah untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia ingin menikmati keamanan perpaduan. Sekarang ia zaman manusia mengejar material tidak kira dari segi harta atau pangkat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka. Kita mungkin mampu bergembira kerana Malaysia tidak ditimpa bala bencana dan malapetaka alam yang teruk seperti negara-negara lain. Namun kita harus sedar bahawa semua ini datangnya dari Allah SWT sebagai satu anugerah yang tidak terhingga. Oleh itu, kita harus bersyukur.

     Ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa kita semua sedang diuji oleh Allah SWT dari segi bencana dalaman. Cuba kita perhatikan berapa banyak masalah-masalah yang telah timbul tidak kira segi politik, ekonomi, mahupun sosial. Pertelingkahan politik yang tiada kesudahan, kestabilan ekonomi yang sukar dijangka, kemalangan jalan raya yang membabitkan banyak nyawa di sana sini, dan keruntuhan akhlaq generasi muda, ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang diuji Allah SWT.

     Di kesempatan ini, Gheart One Ummah menyeru agar para pemimpin politik mampu berubah dan menggembleng tenaga untuk mewujudkan perpaduan. Tambahan lagi, yang paling penting, ibubapa atau institusi keluarga harus bekerja keras untuk mendidik anak-anak agar generasi yang akan datang akan muncul dengan akhlaq yang mulia dan menjadi pemimpin negara yang penuh dedikasi mengikut landansan syariat Islam yang sejati.
Wallahua’lam...

No comments:

Post a Comment