Sudah lama sekali blog ini tidak terisi dengan kalam dariku. Ingin daku lontarkan beberapa perkara yang harus kita semua sebagai manusia ambil sebagai ingatan dan perhatian. Dalam mengejar arus perubahan, pelbagai usaha dan langkah perlu kita ambil dengan penuh berhemah dan berlandaskan syariat Allah agar tidak terpesong dari Jalan Rabb Yang Maha Suci.
Antara perkara-perkara dominan yang perlu diberi perhatian yang cukup teliti adalah :
1. Masyarakat yang buta huruf dan tidak tahu membaca. Lebih malang lagi, mereka tidak ada peluang untuk menimba ilmu pelajaran.
2. Golongan remaja yang semakin liar dengan keruntuhan akhlak dan moral sebagai insan yang beragama dan bertamadun.
3. Masyarakat yang mempersenda dan tidak mahu beragama.
4. Kumpulan ibu bapa yang sibuk mengejar dunia dan alpa dalam mendidik rohani dan jasmani anak-anak.
5. Para pemimpin yang leka dalam menunaikan amanah dan mengutamakan kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan ummah.
6. Kerapuhan perpaduan antara manusia terutama ummat Islam akibat pertelagahan, saling menfitnah, dan “tikam belakang”.
7. Golongan upaya yang mempunyai kekuatan dan daya namun malas untuk mencari rezeki sebaliknya menjadi pengemis yang mengharap simpati orang ramai.
Sebagai golongan yang sedar dan berpengetahuan, kita harus mengorak langkah dalam usaha untuk membendung gejala-gejala ini yang mana mampu menggugat kesucian agama Islam. Utamakan apa yang lebih utama. Ingat Allah Pasti Berjaya.
No comments:
Post a Comment