Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Sunday, October 24, 2010

MEMAHAMI ISLAM


Ketahuilah bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai Allah. Islam itu adalah agama yang tertinggi dan tidak ada selepas itu yang lebih tinggi daripada Islam. Agama yang amat mulia ini adalah salah satu dari anugerah Allah yang tidak ternilai. Sesiapa yang hidup dan mati di dalam Islam dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, maka beruntunglah seluruh hidupnya di dunia dan akhirat.

            Islam adalah agama yang amat indah. Ia juga bersifat syumul yakni menyeluruh dalam segala hal tidak kira perkara yang kecil atau besar. Islam adalah agama yang menitikberatkan dari pelbagai aspek. Mereka yang benar-benar bersyukur dengan Islam sebagai satu agama yang suci lagi murni, mereka akan meletakkan sepenuh jiwa dan raga mereka terhadap pengabdian kepada Allah sebagai Pencipta Sekalian Alam dan Pemelihara Agung agama Islam.

            Muhammad SAW merupakan pemimpin sekalian ummat yang sentiasa gigih berjuang dalam mempertahankan Islam. Rasulullah menyerahkan sepenuh jasad dan ruhnya kepada Allah dalam mempertahankan agama Islam yang tinggi ini. Bermula dengan penyebaran Islam secara sulit dan seterusnya kepada suasana terang-terangan telah memberi impak yang cukup hebat kepada Baginda SAW, Keluarga Baginda, dan Para Sahabat dalam mempertahankan Islam sebagai agama yang diredhai Allah.

            Islam mengajak kita ke jalan yang selamat dan bukannya kepada kebinasaan. Islam mengatur langkah buat kita dalam mencari kekuatan dan membaiki kelemahan. Ujian yang dihadapi oleh setiap para Pencinta Islam adalah sebagai satu Tarbiyyah dari Allah Yang Maha Agung.  Fahamilah Islam sebagai satu agama yang indah dan mudah dalam segala hal. Islam adalah satu nikmat yang besar buat seluruh ummat. Jangan biarkan hidup kita buta dengan kesesatan yang telah dilemparkan oleh Iblis Laknatullah dan Syaitan yang Direjam.

            Pertahankan agama Islam agar kemuliaannya tidak akan dapat sekali-kali dicalarkan dengan kepalsuan dan fitnah dari agama-agama lain. Ingatlah agar jangan mudah tertipu dengan mereka yang bergelar ‘ulama kerana ‘Ulama bisa dibahagikan kepada dua iaitu ‘ulama yang baik dan ‘ulama yang sesat. Hidupkan jiwamu dengan pegangan aqidah AhlusSunnah Wal Jamaah yang sebenar. Mereka ini tidak menyamakan Allah dengan makhluk-makhluk ciptaanNya dan mereka tidak sekali-kali menjisimkan Allah kerana mereka sedar, percaya, dan yaqin bahawa zat Allah adalah zat Yang Maha Agung dan mempunyai KebesaranNya yang Tiada Bandingan. Wallahu’alam.

2 comments: