Kesucian Cinta Mengharapkan RedhaNya |
SYUKUR ATAS CINTA
Setiap insan pasti ingin merasakan betapa hebatnya cinta. Cinta adalah anugerah Allah yang menjadi fitrah pada diri setiap individu. Anugerah ini dikurniakan ke atas kita bukan dengan sia-sia dan tanpa tujuan sebaliknya cinta memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi manusia secara amnya.
Cinta biasa dikaitkan dengan perihal hati dan jiwa insan. Kedudukan cinta dalam diri manusia dapat digambarkan dalam pelbagai bentuk mengikut tahap keimanan seseorang. Ianya merupakan satu unsur yang amat dititikberatkan dalam menjana sebuah ikatan atau perhubungan antara kita dengan Allah dan juga dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah secara keseluruhannaya.
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasul dan Nabi
Cinta kepada Malaikat
Cinta kepada Al-Quran
Cinta kepada Islam
Cinta kepada Ibubapa
Cinta kepada Isteri dan anak-anak
Cinta kepada saudara dan sahabat
Cinta kepada haiwan dan tumbuhan
Itulah adalah jenis-jenis cinta yang mampu diterjemahkan mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Cinta mengajar kita kepentingan dalam berkasih sayang. Tanpa cinta, sebuah hubungan itu bisa suram dan pudar. Tahap iman dan taqwa yang tinggi mampu membuahkan rasa cinta yang tulen dan sejati serta bebas dari pesongan hawa nafsu.
Mereka yang tidak memahami cinta, tidak akan dapat melahirkan rasa Khauf dan Raja’ terhadap Allah dan Rasul kerana dengan cinta mereka mampu memahami ilmu-ilmu yang asas dalam Islam seperti Usuluddin, Feqh, dan Tasawwuf. Penghidupan hati yang murni akan tercipta dengan adanya keluhuran cinta yang suci. Pengabdian kita kepada Allah akan menjadi lebih terserlah dengan adanya CINTA. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment