Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Friday, October 29, 2010


Gelombang Keadilan (Shoutul Harokah)

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga


Sunday, October 24, 2010

MEMAHAMI ISLAM


Ketahuilah bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai Allah. Islam itu adalah agama yang tertinggi dan tidak ada selepas itu yang lebih tinggi daripada Islam. Agama yang amat mulia ini adalah salah satu dari anugerah Allah yang tidak ternilai. Sesiapa yang hidup dan mati di dalam Islam dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, maka beruntunglah seluruh hidupnya di dunia dan akhirat.

            Islam adalah agama yang amat indah. Ia juga bersifat syumul yakni menyeluruh dalam segala hal tidak kira perkara yang kecil atau besar. Islam adalah agama yang menitikberatkan dari pelbagai aspek. Mereka yang benar-benar bersyukur dengan Islam sebagai satu agama yang suci lagi murni, mereka akan meletakkan sepenuh jiwa dan raga mereka terhadap pengabdian kepada Allah sebagai Pencipta Sekalian Alam dan Pemelihara Agung agama Islam.

            Muhammad SAW merupakan pemimpin sekalian ummat yang sentiasa gigih berjuang dalam mempertahankan Islam. Rasulullah menyerahkan sepenuh jasad dan ruhnya kepada Allah dalam mempertahankan agama Islam yang tinggi ini. Bermula dengan penyebaran Islam secara sulit dan seterusnya kepada suasana terang-terangan telah memberi impak yang cukup hebat kepada Baginda SAW, Keluarga Baginda, dan Para Sahabat dalam mempertahankan Islam sebagai agama yang diredhai Allah.

            Islam mengajak kita ke jalan yang selamat dan bukannya kepada kebinasaan. Islam mengatur langkah buat kita dalam mencari kekuatan dan membaiki kelemahan. Ujian yang dihadapi oleh setiap para Pencinta Islam adalah sebagai satu Tarbiyyah dari Allah Yang Maha Agung.  Fahamilah Islam sebagai satu agama yang indah dan mudah dalam segala hal. Islam adalah satu nikmat yang besar buat seluruh ummat. Jangan biarkan hidup kita buta dengan kesesatan yang telah dilemparkan oleh Iblis Laknatullah dan Syaitan yang Direjam.

            Pertahankan agama Islam agar kemuliaannya tidak akan dapat sekali-kali dicalarkan dengan kepalsuan dan fitnah dari agama-agama lain. Ingatlah agar jangan mudah tertipu dengan mereka yang bergelar ‘ulama kerana ‘Ulama bisa dibahagikan kepada dua iaitu ‘ulama yang baik dan ‘ulama yang sesat. Hidupkan jiwamu dengan pegangan aqidah AhlusSunnah Wal Jamaah yang sebenar. Mereka ini tidak menyamakan Allah dengan makhluk-makhluk ciptaanNya dan mereka tidak sekali-kali menjisimkan Allah kerana mereka sedar, percaya, dan yaqin bahawa zat Allah adalah zat Yang Maha Agung dan mempunyai KebesaranNya yang Tiada Bandingan. Wallahu’alam.

JIHAD IN THE LINE OF MAHABBATULLAH

Jihad is a common element for those who are in love with Allah, Prophet, and Islam. Without Jihad, the soul of the Mu’min will never alive. In order to face the challenges around us, we need to activate our Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), and Spiritual Quotient (SQ) instantly so that we can figure out what are the solutions will be taken.
Iman and Taqwa are very important factors that circle in our System of Tarbiyyah. The objectives of Jihad are so much essential to be understood and we need to get clear about them. The existence of Jihad in our life is to strengthen our Jasad and Ruh. It will connect these both matters to complete the life’s goal of a Mu’min.
When ourselves are highly feel the Jihad, then the great sense of our love towards Allah, The Absolute Creator will appear and during that moment our soul and body are being blessing with Rahmatullah. The man that feel the Jihad will shows to the others that without Jihad, our love words to Allah will not complete and the love story between Allah and us are getting more complicated from time to time to reach its goal. Wallahu’alam.

Friday, October 15, 2010


Kesucian Cinta Mengharapkan RedhaNya

SYUKUR ATAS CINTA

Setiap insan pasti ingin merasakan betapa hebatnya cinta. Cinta adalah anugerah Allah yang menjadi fitrah pada diri setiap individu. Anugerah ini dikurniakan ke atas kita bukan dengan sia-sia dan tanpa tujuan sebaliknya cinta memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi manusia secara amnya.

Cinta biasa dikaitkan dengan perihal hati dan jiwa insan. Kedudukan cinta dalam diri manusia dapat digambarkan dalam pelbagai bentuk mengikut tahap keimanan seseorang. Ianya merupakan satu unsur yang amat dititikberatkan dalam menjana sebuah ikatan atau perhubungan antara kita dengan Allah dan juga dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah secara keseluruhannaya.

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasul dan Nabi
Cinta kepada Malaikat
Cinta kepada Al-Quran
Cinta kepada Islam
Cinta kepada Ibubapa
Cinta kepada Isteri dan anak-anak
Cinta kepada saudara dan sahabat
Cinta kepada haiwan dan tumbuhan

Itulah adalah jenis-jenis cinta yang mampu diterjemahkan mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Cinta mengajar kita kepentingan dalam berkasih sayang. Tanpa cinta, sebuah hubungan itu bisa suram dan pudar. Tahap iman dan taqwa yang tinggi mampu membuahkan rasa cinta yang tulen dan sejati serta bebas dari pesongan hawa nafsu.

Mereka yang tidak memahami cinta, tidak akan dapat melahirkan rasa Khauf dan Raja’ terhadap Allah dan Rasul kerana dengan cinta mereka mampu memahami ilmu-ilmu yang asas dalam Islam seperti Usuluddin, Feqh, dan Tasawwuf. Penghidupan hati yang murni akan tercipta dengan adanya keluhuran cinta yang suci. Pengabdian kita kepada Allah akan menjadi lebih terserlah dengan adanya CINTA. Wallahua’lam.

MENYERU KEPADA ALLAH


Ruh Jihad Dalam Diri Seorang Da’ei

Kekuatan ruh seseorang itu amat bergantung kepada tahap kualiti pengamalan ibadahnya. Persoalan ruh sentiasa dalam kekuasaan Allah dan hanya Allah sahaja yang Maha Kuasa ke atas ruh hamba-hambaNya.Bila seorang pendakwah hanya menumpukan perhatiannya kepada perjuangan fizikal semata-mata, maka objektif dakwahnya akan menjadi kurang dan hilang serinya. Sebaliknya, para pendakwah harus mengimbangi antara kehebatan jasad dan kesucian ruh agar barakah perjuangan bisa dinikmati berterusan tanpa ada hijab antara mereka dengan Allah Rabbul ‘Alamin.

Dalam suasana dakwah kontemporari, pelbagai masalah dan kesulitan yang wujud dapat dilihat adalah berpunca dari kelemahan para pendakwah itu sendiri yang mana mereka hanya memfokuskan kepada Ilmu Jaga Islam lebih daripada Ilmu Asas Islam. Tidaklah menjadi satu kesalahan dengan memiliki Ilmu Jaga Islam tetapi kita semua harus sedar bahawa Asas Islam amat penting bagi seorang Da’ei. Dengan adanya Ilmu Asas Islam untuk menyokong Ilmu Jaga Islam, pasti para Da’ei akan menjadi lebih mantap dan hebat dalam pengaturan strategi dakwahnya menyeru manusia ke Jalan Allah Yang Maha Benar dalam segalanya.

Ruh memainkan peranan yang amat penting dan bermakna dalam menyerikan lagi jasmani seorang pendakwah kerana dengan adanya seri ruh itu maka gerakan dakwah yang cuba disampaikan akan lebih terserlah dan menonjol untuk menjadi ikutan insan lain. Dengan izin Allah, seruan para Da’ei kepada insan yang memerlukan “cahaya” akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk diterima pelbagai lapisan masyarakat.

Ingatlah kepada Firman Allah Taala dalam Surah Al-Anfal ayat 2 yang mana ia mengatakan bahawa insan yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul, hatinya bila menyebut atau terdengar nama Allah akan bergetar hatinya dan apabila mereka membaca ayat-ayat keterangan Allah di dalam Al-Quran maka iman mereka akan bertambah. Semua ini terjadi kerana ruh mereka benar-benar hidup dan suci dalam Rahmat Allah. Mereka juga menzahirkan keikhlasan mereka dalam berjuang. Oleh sebab itu, hati mereka sentiasa "alert" dengan perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Wallahua’lam.

Monday, October 11, 2010

Tumpuan Mata Masa Kini

Sudah lama sekali blog ini tidak terisi dengan kalam dariku. Ingin daku lontarkan beberapa perkara yang harus kita semua sebagai manusia ambil sebagai ingatan dan perhatian. Dalam mengejar arus perubahan, pelbagai usaha dan langkah perlu kita ambil dengan penuh berhemah dan berlandaskan syariat Allah agar tidak terpesong dari Jalan Rabb Yang Maha Suci.

            Antara perkara-perkara dominan yang perlu diberi perhatian yang cukup teliti adalah :

1.      Masyarakat yang buta huruf dan tidak tahu membaca. Lebih malang lagi, mereka tidak ada peluang untuk menimba ilmu pelajaran.
2.      Golongan remaja yang semakin liar dengan keruntuhan akhlak dan moral sebagai insan yang beragama dan bertamadun.
3.      Masyarakat yang mempersenda dan tidak mahu beragama.
4.      Kumpulan ibu bapa yang sibuk mengejar dunia dan alpa dalam mendidik rohani dan jasmani anak-anak.
5.      Para pemimpin yang leka dalam menunaikan amanah dan mengutamakan kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan ummah.
6.      Kerapuhan perpaduan antara manusia terutama ummat Islam akibat pertelagahan, saling menfitnah, dan “tikam belakang”.
7.      Golongan upaya yang mempunyai kekuatan dan daya namun malas untuk mencari rezeki sebaliknya menjadi pengemis yang mengharap simpati orang ramai.

Sebagai golongan yang sedar dan berpengetahuan, kita harus mengorak langkah dalam usaha untuk membendung gejala-gejala ini yang mana mampu menggugat kesucian agama Islam.  Utamakan apa yang lebih utama. Ingat Allah Pasti Berjaya.