Pelbagai ragam manusia bisa kelihatan dalam usaha untuk menyambut kehadiran Syawal yang kian menjelang tiba tidak lama lagi. Adakah kita sedar bahawa keindahan Syawal itu terdapat pada kemuliaan Ramadhan. Ramai manusia menunggu datangnya Syawal tanpa mereka mengira bahawa Syawal tidak akan lengkap tanpa Ramadhan.
Di dalam Ramadhan, kita diuji dengan menahan segala anggota zahir dan batin dari lapar, dahaga, dan perkara-perkara yang bisa mengundang kemurkaan Allah Yang Maha Kuasa. Kita sebagai hambaNya yang hina lagi dhoif harus sedar bahawa Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana pahala Ibadah Sunat sama seperti pahala Ibadah Wajib manakala pahala Ibadah Wajib digandakan lagi pada satu tahap yang diizinkan Allah.
Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal adalah hadiah daripada Allah sebagai tanda kemenangan kepada Insan-Insan Beriman di atas perjuangan mereka mensucikan diri dari segala yang tercela akibat dosa noda. Mohonlah pada Yang Maha Mendengar agar Ramadhan yang kita tempuhi mendapat Rahmat, Berkat, dan Keampunan. Mulakan satu hala tuju baru setelah Jiwa dan Raga disucikan Allah semasa berlangsungnya Ramadhan.
Akhir kata dalam lembaran awal blog ini, semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan Selamat Hari Raya Aildilfitri dari GOU (Gheart One Ummah).
No comments:
Post a Comment