Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Monday, September 13, 2010

KE MANA HALA TUJU HIDUP SEORANG MUSLIM?

Kita sedia maklum bahawasanya kewujudan kita di atas muka bumi Allah adalah bukan sia-sia. Allah SWT menciptakan kita dengan bertujuan dan bermatlamat. Al-Quran sebagai sumber rujukan pertama sentiasa bertindak sebagai panduan dalam menyelaraskan kehidupan kita ini selari dengan kehendak Allah SWT.


Kita harus sedar setiap perkara ke atas diri kita adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Keagungan Allah sewajibnya menjadi elemen tertinggi dalam kamus hidup dengan meletakkan segala-galanya kerana Allah Tuhan Yang Maha Kaya.

Mengabdikan diri kepada Allah dalam apa jua bentuk keadaan dan cara yang dihalalkan akan menjadi satu indikator penting dalam menjana keimanan dan ketaqwaan seorang insan yang bergelar Muslim. Keikhlasan dan kekhusyukan dalam beribadah perlu disemai agar amalan kita diterima Allah.

Membina hala tuju atau matlamat bukan lah satu perkara yang mudah. Dalam usaha ini, perlu disertakan bersama asas AQIDAH Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen agar kita mencapai dan membina satu tujuan hidup yang jelas sebagai seorang Muslim.

Bersyukur kepada Allah tak kira kita ditimpa musibah atau rahmah, yang paling penting kita mesti bersangka baik pada Allah dan yaqin tidak kira dalam apa jua keadaan. Lalai dengan dunia menyebabkan hala tuju hidup kita terpesong dari landasan AL-HAQ. Seharusnya kita sedar dan percaya bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya. Kita perlu mengenal Allah kerana Allah adalah Tuhan Maha Penyelamat yang bisa mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (kembali kepada Allah).

No comments:

Post a Comment