Memelihara Keharmonian Negara
Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai Penghulu sekalian Nabi dan Rasul. Baginda saw juga diangkat martabatnya oleh Allah swt untuk menjadi penebar RahmatNya di seluruh alam.
Berpandukan kepada sejarah Pembukaan Kota Mekah, Baginda saw mengalirkan airmata apabila diberikan kejayaan oleh Allah swt untuk membebaskan Kota Mekah dari cengkaman puak-puak yang menderhakai Allah. Baginda saw mencintai tanah kelahirannya dan Baginda saw tidak pernah melupakan tanah air tercintanya walaupun ketika berada di Madinah, Negara Islam pertama.
Berpaksikan kepada kisah ini, kita sebagai warganegara atau rakyat Malaysia harus bekerjasama dan berganding bahu dalam mempertahankan keharmonian negara yang tercinta. Kita semua harus mengelak dari mencetuskan sebarang persengkataan dan perbalahan agar tidak bisa mengundang kepada perpaduan ummah.
Perpaduan merupakan kekuatan dalam pertahanan negara. Rakyat wajib mentaati para pemimpin selagi mana mereka tidak menyuruh kita melakukan kemungkaran dan menderhaka kepada Allah swt.
Kita harus bijak dalam menjana peningkatan ekonomi, dan memperkukuhkan pengurusan politik negara, dan memperhebatkan kualiti sosial warganegara.
No comments:
Post a Comment