Islamic Thinker
- PRO - UMMAH
- * Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)
Tuesday, January 3, 2012
Coretan Seorang Pemerhati Politik Mahasiswa
Perjalanan politik mahasiswa semakin meruncing apabila dikatakan minoriti segolongan mahasiswa yang tampil menuntut kebebasan akademik dikatakan mempunyai bantuan-bantuan daripada parti-parti tertentu. Di manakah kebenaran ura-ura ini? Benar atau salah sukar untuk ditentukan jika melihat kepada keadaan sekarang. Kebangkitan suara mahasiswa dalam menuntut kebebasan akademik seolah-olah hanya lakonan yang digunakan untuk menutup agenda sebenar iaitu mempolitikkan masyarakat supaya hidup berparti dan menjatuhkan kerajaan sedia ada. Proses “check and balance” yang dilaungkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang dilihat tidak berkesan kerana praktikalnya selalu tergendala disebabkan “hidden hands”. Mahasiswa seolah-olah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara. Jika benar perjuangan mahasiswa untuk memperkasakan akademik, mereka perlu membebaskan diri mereka daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan parti politik dan ahli-ahlinya. Namun, banyak gambar para pembela hak mahasiswa yang minoriti ini dilihat bersama dengan ahli-ahli politik yang begitu tegar dalam menentang kerajaan. Pro-Ummah menyeru agar mereka yang melihat “post” ini bijak dalam membezakan yang mana baik dan buruk. Ketahuilah, mencari kebaikan dengan berlandaskan ekstremisme tidak akan memberi keuntungan dalam perjuangan mahasiswa. Generasi muda di masa kini perlu berusaha untuk menjernihkan keadaan-keadaan penuh kontroversi yang dicetuskan oleh generasi tua dan dewasa. Kita harus membawa agenda perpaduan ummah agar keamanan negara dapat dipelihara dan dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang. Beringatlah sebelum padah menimpa !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)