Umat Islam semakin ditindas dan dianiaya oleh puak al-kafirun. Pelbagai penipuan dan tipudaya telah digunakan untuk mengaburi mata masyarakat demi memburukkan imej agama Islam dan umat Islam seluruhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka secara halus memperalatkan umat Islam yang berpengaruh untuk bersedia diperlagakan dengan umat Islam yang lain agar Perpaduan Ummah tidak dapat dicapai sekaligus meranapkan agama Islam dari dalam. Namun, ketahuilah wahai puak-puak al-kafirun, Allah itu Maha Pelindung dan Islam adalah satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah. Allah jua lah yang akan memeliharanya tidak kira sebanyak mana serangan daripada iblis, syaitan, dan al-kafirun.
Pergolakan politik negara jelas menunjukkan bahawa Islam semakin dijadikan “alat mainan” untuk memenuhi kepentingan peribadi dan mengabaikan Perpaduan Ummah. Mereka tidak sedar dengan memecah-belahkan umat Islam, puak al-kafirun akan semakin teruja untuk memenuhi matlamat asal mereka untuk menguburkan Islam. Kita jangan lupa golongan bukan Islam yang inginkan perlindungan daripada pemerintahan Islam tidak akan sekali-kali “menikam dari belakang” dan melaga-lagakan sesama umat Islam. Puak al-kafirun yang lantang bersuara dan berani memutar-belitkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis inilah yang banyak memberi impak negatif kepada perkembangan perjuangan Islam. Namun, ada segelintir pemimpin Islam berdiam diri dan mengatakan bahawa apa yang mereka ucapkan adalah untuk mengenal Islam. Jika benar apa yang dikatakan, sewajibnya mereka perlu menggunakannya dengan tujuan yang betul, bukannya menghentam umat Islam. Kita jangan lupa bahawa mereka masih lagi tidak suci dan mereka masih lagi tidak membenarkan “Kalimah Syahadah” yang sepatutnya menjadi syarat pertama dalam memuliakan agama Islam. Ambillah pengajaran dari riwayat hidup Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki) yang selalu dalam keadaan bersih, suci, dan wangi ketika hendak membaca hadis-hadis Rasulullah ketika waktu pengajarannya.
Kesimpulannya, selagi ada kesempatan jangan mudah diperbodohkan oleh puak-puak al-kafirun yang memusuhi Islam. Ingatlah, jangan terlalu cepat mengambil puak al-kafirun sebagai kawan dan teragak-agak dalam menjalinkan hubungan baik sesama umat Islam yang lain. Ingatlah, Allah Maha Bijaksana dan janganlah membuang masa untuk memperdayakan Allah dan golongan mereka yang beriman kerana sesungguhnya puak al-Kafirun tidak akan mampu sampai bila-bila untuk memperdayakan Allah dan golongan yang beriman.
Sediakan payung sebelum hujan!
Sediakan payung sebelum hujan!
Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Jangan biarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Jangan biarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment