Islamic Thinker

* Dilahirkan di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. (17hb Oktober 1991) * Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Chabang 3 Chetok. (1998-2003) * Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. (2004-2008) * Mendapat pendidikan pra-universiti di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai dalam Jurusan Sains Kemanusiaan. (2009-2010) * Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Induk Gombak, dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian). (2010-kini)

Tuesday, January 3, 2012

عقيدة اهل السّنّة والجماعة

LOVE TO UNITE

Ilmu, Ulama' dan Barakah

Coretan Seorang Pemerhati Politik Mahasiswa

      Perjalanan politik mahasiswa semakin meruncing apabila dikatakan minoriti segolongan mahasiswa yang tampil menuntut kebebasan akademik dikatakan mempunyai bantuan-bantuan daripada parti-parti tertentu. Di manakah kebenaran ura-ura ini? Benar atau salah sukar untuk ditentukan jika melihat kepada keadaan sekarang. Kebangkitan suara mahasiswa dalam menuntut kebebasan akademik seolah-olah hanya lakonan yang digunakan untuk menutup agenda sebenar iaitu mempolitikkan masyarakat supaya hidup berparti dan menjatuhkan kerajaan sedia ada. Proses check and balance yang dilaungkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang dilihat tidak berkesan kerana praktikalnya selalu tergendala disebabkan hidden hands. Mahasiswa seolah-olah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara. Jika benar perjuangan mahasiswa untuk memperkasakan akademik, mereka perlu membebaskan diri mereka daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan parti politik dan ahli-ahlinya. Namun, banyak gambar para pembela hak mahasiswa yang minoriti ini dilihat bersama dengan ahli-ahli politik yang begitu tegar dalam menentang kerajaan. Pro-Ummah menyeru agar mereka yang melihat post ini bijak dalam membezakan yang mana baik dan buruk. Ketahuilah, mencari kebaikan dengan berlandaskan ekstremisme tidak akan memberi keuntungan dalam perjuangan mahasiswa. Generasi muda di masa kini perlu berusaha untuk menjernihkan keadaan-keadaan penuh kontroversi yang dicetuskan oleh generasi tua dan dewasa. Kita harus membawa agenda perpaduan ummah agar keamanan negara dapat dipelihara dan dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang. Beringatlah sebelum padah menimpa !!!

Thursday, December 29, 2011

Sunday, August 28, 2011

Jangan Kita Leka


Andainya akal fikiran ini mampu berfungsi dengan baik bersandarkan pada kefahaman Islam yang sebenar, sudah tentu masyarakat akan mudah untuk menghayati erti perpaduan ummah sekaligus membenci untuk berpecah belah atau bercerai berai. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, manusia semakin buta dan berasa takut untuk menghayati dan melaksanakan agenda perpaduan ummah. Entah kenapa jadi begitu dan apakah sebabnya ada sesetengah dalam kalangan masyarakat merasakan diri mereka dalam keadaan trauma apabila berbicara tentang usaha mulia ini.
            Sebagai manusia yang berilmu, kita perlu memanfaatkan ilmu yang ada pada diri kita dengan membanyakkan muhasabah diri dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan agar kebaikan mampu dicapai dengan indah pada masa-masa yang akan datang. Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah secara total pada tahun 1924 seharusnya telah membuka luas mata masyarakat agar menjauhi perpecahan ummah dan lebih mementingkan perpaduan serta berganding bahu mengalah musuh-musuh Islam.
            Oleh itu, janganlah kita terlalu asyik dan leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang kerana semuanya amat mudah bagi Allah untuk diambil kembali. Peringatkan diri kita semua agar tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mengecapi kepentingan diri atau peribadi. Takutlah pada Allah dan hayatilah Islam dengan sepenuhnya bukan sebahagian sahaja. 

Monday, July 25, 2011

BERPOLITIK CARA اهل السّنّة والجماعة

Jika diperhatikan keadaan masa kini, banyak pihak cuba untuk menceburkan diri di dalam bidang politik dan pentadbiran. Ada juga yang “gila kuasa” untuk menjadi menjadi pemerintah negara. Dalam usaha mereka meratah masa untuk mengejar cita-cita yang agak “mahal harga”nya, mereka lupa untuk mempersiapkan diri dengan didikan agama yang sejati.
            Didikan agama yang sejati ini merujuk kepada ilmu-ilmu ahlussunnah wal jama’ah. ASWJ (singkatan kepada ahlussunnah wal jama’ah) merupakan generasi penyelamat ummah yang sebenar dan ia banyak menggariskan ilmu-ilmu yang benar dalam memperincikan perihal aqidah, ibadah, dan akhlaq.
            Apa yang pasti, ASWJ merupakan suatu rahmat dari Allah untuk menyelamatkan manusia daripada dunia kegelapan. Pengetahuan politik tidak terlepas dari pandangan dan pemerhatian ulama-ulama ASWJ. Apa yang membanggakan mengenai perjuangan ASWJ, para alim ulama akan menekankan bab aqidah atau usuluddin dalam sesuatu pekerjaan tidak kira apa jua pekerjaan itu.
            Ilmu Aqidah atau Usuluddin berperanan membuka ruang kepada manusia untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) kerana mengenal Allah ini wajib kerana ia akan melebarkan pintu rahmat dalam melakukan ibadah-ibadah yang lain. Imam Al-Ghazali pernah berpesan bahawa tiada sah suatu ibadah itu melainkan setelah kita mengenali Allah yang kita sembah.
            Jadi, jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang-bidang furu’ yang lain lebih-lebih lagi politik, kita harus menghadamkan pengetahuan dalam mengenal Allah Rabbul Jalil agar perjuangan politik akan lebih mantap dan sejajar dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Sebagai langkah pertama, Gheart One Ummah nyatakan di sini pendirian seorang politikus yang benar. Politikus ASWJ tidak akan mengabaikan soal-soal aqidah yang benar dan ini adalah ciri-cirinya. Aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang sejati ialah :

Dan wajib ke atas orang yang ‘aqil baligh itu mengetahui bahawasanya Allah Ta’ala itu :

وحده لا شريك له
Ertinya : Esa tiada yang menyekutui bagiNya.

فرد لا نظير له
Ertinya : Tunggal tiada bagiNya banding.

ازليّ لا بداية له
Ertinya : Sedia ada tiada bagiNya permulaan.

سرمديّ لا نهاية له
Ertinya : Kekal tiada bagiNya kesudahan.

منزّه عن مشابهة المخلوق
Ertinya : Maha Suci daripada bersamaan dengan segala makhluq (yang baharu).

ليس كمثله شيء وهو السّميع العليم
Ertinya : Tiada sesuatu yang seumpama dengan Allah Ta’ala dan Dialah (Allah) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

ليس بجسمٍ مصوّرٍ
Ertinya : Tiada Allah Ta’ala itu berjisim yang berupa (digambarkan).

تعالى اللّه عن الانتقالات والحركات والحلول والاقطار والجهات
Ertinya : Maha Suci Allah Ta’ala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada sesuatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu.

لا يحويه مكان
Ertinya : Tiada meliputi akan Allah Ta’ala itu oleh tempat.

ولا يحصيه زمان
Ertinya : Tiada menentukan Allah Ta’ala oleh zaman.

كان قبل ان خلق الزّمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان
Ertinya : Allah Ta’ala itu dahulu daripada bahawa Allah menjadikan akan zaman dan tempat dan adalah Allah Ta’ala sekarang atasnya, iaitu ada Allah sedia ada tiada berubah-ubah daripada sedia adanya.


Sumber Kitab : هداية السّالكين في سلوك مسلك المتّقين
Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin
            (Petunjuk Jalan Bagi Orang-Orang Yang Takut Kepada Allah)
Syeikh Abdusshomad Al-Falimbani


Kesimpulannya, mengenal Allah itu wajib dan berpolitik dengan aqidah yang salah akan menyebabkan setiap tingkah laku seorang politikus itu akan kehilangan berkat dari Allah. Wallahua’lam.

Sunday, July 24, 2011

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

Umat Islam semakin ditindas dan dianiaya oleh puak al-kafirun. Pelbagai penipuan dan tipudaya telah digunakan untuk mengaburi mata masyarakat demi memburukkan imej agama Islam dan umat Islam seluruhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka secara halus memperalatkan umat Islam yang berpengaruh untuk bersedia diperlagakan dengan umat Islam yang lain agar Perpaduan Ummah tidak dapat dicapai sekaligus meranapkan agama Islam dari dalam. Namun, ketahuilah wahai puak-puak al-kafirun, Allah itu Maha Pelindung dan Islam adalah satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah. Allah jua lah yang akan memeliharanya tidak kira sebanyak mana serangan daripada iblis, syaitan, dan al-kafirun.

            Pergolakan politik negara jelas menunjukkan bahawa Islam semakin dijadikan “alat mainan” untuk memenuhi kepentingan peribadi dan mengabaikan Perpaduan Ummah. Mereka tidak sedar dengan memecah-belahkan umat Islam, puak al-kafirun akan semakin teruja untuk memenuhi matlamat asal mereka untuk menguburkan Islam. Kita jangan lupa golongan bukan Islam yang inginkan perlindungan daripada pemerintahan Islam tidak akan sekali-kali “menikam dari belakang” dan melaga-lagakan sesama umat Islam. Puak al-kafirun yang lantang bersuara dan berani memutar-belitkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis inilah yang banyak memberi impak negatif kepada perkembangan perjuangan Islam. Namun, ada segelintir pemimpin Islam berdiam diri dan mengatakan bahawa apa yang mereka ucapkan adalah untuk mengenal Islam. Jika benar apa yang dikatakan, sewajibnya mereka perlu menggunakannya dengan tujuan yang betul, bukannya menghentam umat Islam. Kita jangan lupa bahawa mereka masih lagi tidak suci dan mereka masih lagi tidak membenarkan “Kalimah Syahadah” yang sepatutnya menjadi syarat pertama dalam memuliakan agama Islam. Ambillah pengajaran dari riwayat hidup Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki) yang selalu dalam keadaan bersih, suci, dan wangi ketika hendak membaca hadis-hadis Rasulullah ketika waktu pengajarannya.

            Kesimpulannya, selagi ada kesempatan jangan mudah diperbodohkan oleh puak-puak al-kafirun yang memusuhi Islam. Ingatlah, jangan terlalu cepat mengambil puak al-kafirun sebagai kawan dan teragak-agak dalam menjalinkan hubungan baik sesama umat Islam yang lain. Ingatlah, Allah Maha Bijaksana dan janganlah membuang masa untuk memperdayakan Allah dan golongan mereka yang beriman kerana sesungguhnya puak al-Kafirun tidak akan mampu sampai bila-bila untuk memperdayakan Allah dan golongan yang beriman.

Sediakan payung sebelum hujan!
Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Jangan biarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Wallahua’lam.